Sebagai ibu bapa, siapa yang tidak risau atau susah hati jika anak sendiri tampak lain macam secara tiba-tiba. Takut juga kalau mereka terjebak dengan perkara-perkara negatif.
Perkara ini dialami oleh seorang wanita bernama Liza (bukan nama sebenar) berkenaan dengan perubahan ketara anak lelakinya, Farizal baru-baru ini. Perubahan itu sedikit sebanyak menjentik fikiran wanita separuh abad itu untuk ‘menyiasat’ anak bujangnya sendiri.
Ketika Farizal keluar bekerja, Mak Liza telah masuk ke bilik pemuda itu untuk mengemas katil dan almari. Hampir ‘gugur’ jantungnya apabila terlihat satu ‘batu’ di dalam almari pemuda itu.
“Astarghfirullahala’zim. Benda apa anak aku simpan selama ni.. Tak sangka..” getus hati Mak Liza sambil terduduk. Lembik rasa lututnya.
Belum sempat dia bangun, kedengaran pintu bilik terbuka.
“Mak, apa yang mak buat dalam bilik Zal ni?” ujar Farizal.
“Eh Zal. Awal pula kau balik harini. Mak dok kemas-kemas bilik kau,” balas Mak Liza sambil cuba menyorokkan batu di tangannya.
“Aah, orang kerja separuh hari je harini. Mak pegang apa tu?” tegur Farizal melihat ibunya yang tampak cemas dan tak keruan.
Tak semena-mena, Mak Liza menitiskan air mata.
“30 tahun aku jaga kau Zal.. Tak sangka kau buat benda khurafat belakang mak. Ni batu ni.. Apa benda ni? Kau nak belajar ilmu hitam ke apa? Jangan ingat mak tak tahu..” luah Mak Liza sambil menyeka air mata.
Tiba-tiba, Farizal ketawa terbahak-bahak.
“Hahaha.. Mak ni.. Jangan la fikir bukan-bukan. Tu bukan batu sihir khurafat ke apa mak.. Tu ubat ketiak Zal la.. Zaman sekarang tengah trending batu tu.. orang panggil deodoran Smelly No More. Memang ramai pakai ni sekarang..”
“Kalau orang dulu pakai tawas, sekarang ni pakai batu ni la mak.. Mak tak perasan ke bau badan Zal dah lama hilang? Hahaha..”
“Lah yeke Zal.. Penat je aku menangis. Ye tak ye jugak. Patutlah kau lain macam kebelakangan ni. Selalu mak bau masam je dekat kau. Sekarang dah takde bau-bau kepam tu. Siap dah pandai bergaya lagi. Bagus eh batu ni,” kata Mak Liza sambil membelek deodoran tersebut.
“Tak lama lagi, dapat menantu la mak,” sempat mak Liza berseloroh sambil tersengih. Kering sudah air matanya.
“Aduh ke situ pulak perginya,” ujar Zal sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Bukan senang nak cari jodoh, mak.”
Ramai setuju produk Smelly No More hilangkan bau badan
Macam tak percaya je betul tak? Farizal yang selalu mengalami masalah badan berbau kini dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan mudah. Kalau anda nak tahu, 9/10 individu setuju bahawa deodoran Smelly No More mampu menghilangkan bau badan.
Sebabnya, deodoran Smelly No More menggunakan bahan-bahan natural & organik serta mampu menghilangkan bau badan secara semulajadi. Jadi, orang yang kulit sensitif pun boleh pakai tanpa risau ketiak gatal dan sebagainya.
Antara kelebihan yang ada pada deodoran ini ialah:
- Menggunakan Garam Mineral Semula Jadi & Tulen
- Tidak Mengandungi Aluminium Chlorohydrate
- Bebas Alkohol dan Wangian
- Hipoalergenik
- Diuji secara dermatologi
Bukan itu sahaja, menariknya sekarang tengah ada promosi istimewa iaitu diskaun 10% untuk produk Smelly No More. Ianya terpakai untuk pembelian online di totalimage.com.my dengan penghantaran PERCUMA ke seluruh Malaysia.
Untuk makluman anda, promosi ini akan berlangsung dari 1 Ogos hingga 31 September 2022.
Selain itu, promosi ini boleh digunakan satu kali sahaja bagi setiap pelanggan dan tiada syarat pembelian minimum. Anda hanya perlu menggunakan kod baucar SK10SNM untuk setiap pembelian anda kecuali Smelly No More Gift Pack.
Ada lima jenis produk Smelly No More yang anda boleh pilih iaitu:
- Smelly No More Crystal Deodorant 60g
- Smelly No More Crystal Deodorant 120g
- Smelly No More Deodorant Spray 75ml
- Smelly No More Deodorant Gift Pack
- Smelly No More 4-in-1 Daily Feminine Wash 200ml
Jadi sesiapa yang tengah ‘struggle’ dengan masalah bau badan tu, jomlah guna Smelly No More ini. Gerenti puas hati dengan hasilnya nanti.
Bukan hanya di laman web Total Image, produk deodoran Smelly No More juga boleh didapati dengan mudah di rangkaian Watsons, Guardian, Caring dan farmasi-farmasi yang ada di seluruh Malaysia.