Siakap Keli
Dulu Ditinggal Sejak Kecil

Ditinggal Sejak Kecil, Anak Bertemu & Maafkan Semula Ayah Kandung, Rupanya Rakan Sekerja Di Malaysia

Ditinggal Sejak Kecil, Anak Bertemu & Maafkan Semula Ayah Kandung, Rupanya Rakan Sekerja Di Malaysia

Sebagai seorang anak, sememangnya kita sangat memerlukan kasih sayang dari kedua ibu bapa, lagi-lagi ibu yang telah sembilan bulan mengandungkan dan taruhan nyawa hanya untuk melahirkan kita. Tidak kurang juga dari susuk seorang ayah yang membanting tulang mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak dan memberikan kehidupan yang sempurna kepada kita. 

Namun, berpijak di bumi yang nyata, diakui tidak semua anak-anak di dunia mempunyai nasib yang sama. Setiap dari kita diberi ujian yang berbeza-beza, tidak terkecuali seorang pemuda Indonesia berkongsi kisah yang memberikan perasaan bercampur baur selepas bertemu semula dengan ayah di Malaysia setelah ditinggalkan sejak dari kecil menerusi laman Tik Tok miliknya, Sitorus Tubuni Silaen. 

Setelah sekian lama, takdir menyatukan semula dua beranak ini apabila si ayah ditawarkan kerja di tempat yang sama anak kandungnya bekerja. Menerusi video tersebut, penyatuan yang tidak dirancang itu mengalirkan air mata mereka berdua sambil berpelukan hingga berjaya meraih perhatian ramai di laman tersebut. 

Walaupun dilihat agak kekok kerana terlalu lama berjauhan dan tidak pernah sekali dibelai manja oleh si bapa, perasaan gembira tetap jelas terpancar pada wajah mereka berdua setelah disatukan semula. Melihat secara visual, dua beranak ini kelihatan ikhlas menerima satu sama lain meskipun si bapa dilihat agak malu dirakam menerusi lensa kamera. 

@hodokninapogossitorus

#bapak tidak bertanggung jawab#foryourpa❤️ge❤️🌷n👍👍👍👌🏾awaki #foryourpage #pubgmobile

♬ bunyi asal – MamaMuda🥰 – 🇲🇾MamaMuda🇵🇭

Apa kata netizen

Mengamati ruang komen, netizen meluahkan rasa terharu melihat detik pertemuan semula anak dan bapa ini yang sangat berharga. Jelas di sini apa jua kesilapan dan kesalahan masa lampau seseorang, ia tidak akan sesekali akan merosakkan masa depan.

“Alhamdulillah, bertemu semula…”

“Indah rancangan Tuhan…”

“Teruskan berbaik dengan bapa awak…”

BACA: Badan ‘Berketak-ketak’ Tapi Kalah Tinju, “Hulk Iran” Padam Semua Gambar Di IG, Dipercayai Merajuk

BACA JUGA: Kasut Tertanggal, Berhenti Sarung Semula & Tertinggal, Adik Ini Tetap Berjaya Muncul Juara Lari Pecut 200 Meter

Sumber: Sitorus Tubuni Silaen (Tik Tok)

Faiz Mustafa