Siakap Keli

Kasut Tertanggal, Berhenti Sarung Semula & Tertinggal, Adik Ini Tetap Berjaya Muncul Juara Lari Pecut 200 Meter

Kasut Tertanggal, Berhenti Sarung Semula & Tertinggal, Adik Ini Tetap Berjaya Muncul Juara Lari Pecut 200 Meter

Kanak-kanak 7 tahun yang merupakan anak kepada seorang peninju, Terence Crawford tular di media sosial selepas menjadi juara dalam perlumbaan 200 meter dengan cara yang luar biasa. Pada awalnya, Calaya Terence gagal menyempurnakan larian apabila kasut yang dipakai di bahagian sebelah kanan tertanggal dan berpatah balik untuk mengambil semula kasut tersebut. 

Walau bagaimanapun, tanpa berlengah dan duduk kecewa tanpa bertindak, kanak-kanak berusia tujuh tahun itu dilihat memecut semula selepas memakai kasutnya yang tertanggal tadi. Akhirnya, kanak-kanak itu berjaya melintasi garisan penamat sebagi juara sambil diiring dengan sorakkan dan tepukan gemuruh daripada ahli keluarga dan penonton yang lain.

Memetik News18, margin kemenangan tersebut adalah 10 meter dari peserta yang berada pada tempat kedua dalam acara larian tersebut. Perlumbaan itu merupakan sebahagian daripada Wings Omaha Invitational yang diadakan di Northwest High School. 

“Perkara itu masih bermain dalam fikiran bagaimana anak saya boleh melakukan hal luar biasa seperti itu. Dia tidak tahu bahawa dia telah memberikan satu motivasi kepada saya dengan tidak mengalah dan terus berjuang walau apa pun yang jadi,” tulisnya di Instagram. 

Sikap dan motivasi yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini nyata membuatkan ramai menjadi sebak dang menghemburkan pujian. Malah ada yang berterima kasih kepadanya kerana menunjukkan contoh bahawa ”hasil tidak pernah mengkhinati usaha”.

Setakat ini, video yang dimuat naik di laman Twitter itu sudahpun berjaya memperoleh lebih 10 juta tontonan.

BACA: Komputer Riba Berisiko Rosak Jika Pasang Lagu ‘Rhythm Nation’ Nyanyian Janet Jackson, Ini Sebabnya

Sumber: News 18, tbudcrawford (Intsagram), Showtime Shawn Porter (Twitter) 

Faiz Mustafa