Siakap Keli
PM Umum Khabar Gembira
Gambar via Sinar Harian

Buat 1.6 Juta Penjawat Awam, PM Bakal Umum Berita Gembira Hari Ini

Buat 1.6 Juta Penjawat Awam, PM Bakal Umum Berita Gembira Hari Ini

Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) dijangka akan menjadi tumpuan 1.6 juta penjawat awam dari seluruh negara yang akan berlangsung pada jam 10 pagi Selasa, 30 Ogos 2022. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipercayai akan mengumumkan perkara yang mungkin akan menceriakan serta mengubat duka lara mereka yang berada dalam sektor awam. 

Difahamkan, khabar gembira itu boleh jadi ‘durian runtuh’ kepada penjawat awam yang selama ini telah menjadi tulang belakang kerajaan setelah berhempas pula berkhidmat untuk negara dan sering memberikan yang terbaik kepada rakyat. 

Sebelum ini, Ismail Sabri berkata ketika negara berdepan dengan pandemik COVID-19, banyak kisah-kisah sedih dari para petugas kesihatan yang mengorbankan banyak perkara termasuk nyawa mereka yang dipertaruhkan untuk tangani wabak tersebut. 

Menurutnya, jasa dan perngorbanan yang telah mereka zahirkan sebagai wira negara yang tidak didendang akan sentiasa, terus dan selamanya terpahat dalam lipatan sejarah negara. 

Dalam pada itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs), Datuk Adnan Mat berkata, pihaknya akan menambah baik sektor perkhidmatan awam dengan mengemukakan tuntutan gaji minimum dan kenaikan imbuhan tetap khidmat awam. 

Difahamkan, cadangan itu dilihat akan berikan nafas lega kepada mereka, penjawat awam khususnya dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini. 

BACA: Berang Tak Dapat ‘Kawtim’ Saman, Tukang Meter Dirakam Dipercayai Cuba Potong Bekalan Elektrik Ke Balai Polis

Sumber: Sinar Harian. 

Faiz Mustafa