Siakap Keli
Berang Di Saman

Berang Tak Dapat ‘Kawtim’ Saman, Tukang Meter Dirakam Dipercayai Cuba Potong Bekalan Elektrik Ke Balai Polis

Seorang lelaki penjaga meter elektrik yang berang selepas di saman atas kesalahan melanggar undang-undang jalan raya dilapor nekad memanjat tiang eltetrik dipercayai cuba memutuskan bekalan tenaga itu ke sebuah balai polis, di India, dalam kejadian yang berlaku 23 Ogos lalu.

Difahamkan, saman itu dikeluarkan tersebut ekoran kesalahannya yang tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal. Lelaki tersebut dikenakan denda RM 336 atas kesalahan tersebut.

Memetik India Times, dia cuba merayu kepada pihak polis dan turut berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. Namun begitu, pihak polis enggan melayani permintaan tukang meter elektrik berkenaan.

Susulan itu, menerusi sebuah video yang tular di media sosial, lelaki itu bertindak memanjat tiang elektrik dipercayai untuk memutuskan bekalan elektrik yang bersambung dengan balai polis berkenaan. 

“Gaji bulanan saya hanya lah RM280 sebulan dan pihak mereka mengenakan denda sebanyak RM336. Oleh itu saya cuba merayu kepada mereka untuk maafkan kesalahan itu dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan, namun mereka tidak menunjukkan belas kasihan,” katanya, lapor India Times. 

Ironinya, pihak jabatan elektrik memberi alasan yang berbeza kenapa saluran elektrik balai polis itu diputuskan. Mereka mendakwa bahawa balai polis tersebut mempunyai tunggakan bil elektrik hingga mencecah ribuan rupee. 

Menurut petugas dari jabatan elektrik, Amitesh Maurya mendakwa bahawa balai polis tersebut mempunyai tunggakan bayaran bil elektrik hingga RM3,000 ringgit. 

Difahamkan juga, kejadian seperti ini bukan pertama kali berlaku. Pada Jun yang lalu, seorang lagi penjaga meter elektrik bertindak serupa apabila gagal mengemukakan dokumen yang diminta oleh pihak berkuasa ketika menunggang motosikal. Dia didenda sebanyak Rm28 atas kesalahan tersebut. 

BACA: Ditinggal Sejak Kecil, Anak Bertemu & Maafkan Semula Ayah Kandung, Rupanya Rakan Sekerja Di Malaysia

Sumber: India Times

Faiz Mustafa