Whatsapp Dipercayai Bakal Henti Sokongan Untuk Pengguna iPhone 5 & 5C Bulan Depan
Apple bakal menghentikan sokongan aplikasi WhatsApp pada iPhone yang menggunakan iOS 10 dan iOS 11 pada 24 Oktober 2022.
Menurut laporan WABetaInfo, Apple telah mengeluarkan amaran bahawa aplikasi tersebut tidak akan berfungsi pada beberapa jenis iPhone mulai bulan depan.
“WhatsApp akan menghentikan sokongan untuk beberapa versi Android dan iOS, untuk membolehkan syarikat memperkenalkan fungsi tertentu yang mungkin tidak berfungsi pada sistem pengendalian yang lebih lama,” kata laporan WABetaInfo.
WhatsApp dikatakan akan menghentikan sokongan untuk peranti iOS 10 dan iOS 11 mulai 24 Oktober 2022. Oleh itu, mereka yang ingin terus menggunakan aplikasi tersebut perlu menaik taraf iPhone mereka.
Pada masa kini iOS 10 dan iOS 11 hanya digunakan pada iPhone 5 dan iPhone 5C sahaja. Oleh itu, kedua-dua telefon ini akan terjejas dengan peraturan tersebut kerana hanya tersekat pada iOS 10.

Untuk pengguna iPhone 5s pula, disyorkan untuk menaik taraf kepada iOS 12 untuk kekal menggunakan aplikasi WhatsApp.
“Jika masih iOS 10 atau iOS 11, anda perlu mengemas kini kepada iOS 12 untuk terus menggunakan WhatsApp: ini bermakna anda masih boleh terus menggunakan WhatsApp pada iPhone 5S, iPhone 6 dan iPhone 6S, tetapi anda perlu mengemas kini versi iOS anda . Malangnya, WhatsApp tidak lagi serasi dengan iPhone 5 dan iPhone 5C kerana iOS 12 tidak tersedia untuk peranti ini,” kata WABetaInfo.
Mereka yang ingin mendapatkan versi iOS terkini boleh berbuat demikian dengan pergi ke Tetapan > Umum dan kemudian pilih pada Kemas Kini Perisian.
WhatsApp setakat ini masih belum mengesahkan laporan WABetaInfo. Namun melalui laman web Pusat Bantuan, WhatsApp telah menyatakan bahawa iOS 12 atau lebih baru diperlukan untuk pengguna iPhone untuk terus menggunakan perkhidmatan tersebut di tapak web Pusat Bantuannya.
Untuk pengguna iPhone 5 atau 5c mungkin sudah tiba masanya untuk beralih kepada versi terkini.
Pengguna boleh membeli iPhone 14 yang akan dilancarkan oleh Apple pada 7 September atau iPhone 13 kerana harga telefon ini semakin rendah selepas keluaran terbaru.
Sumber : DetikInet