Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Detik-Detik Cemas Gempa Kuat Gegar Wilayah Di China, Lebih 40 Orang Dilaporkan Terkorban Setakat Ini

detik-detik cemas gempa kuat gegar wilayah di china
Gambar: CNN/Twitter

Detik-Detik Cemas Gempa Kuat Gegar Wilayah Di China, Lebih 40 Orang Dilaporkan Terkorban Setakat Ini

Sehingga kini, angka korban akibat gempa bumi di Wilayah Sichuan, China mencatatkan peningkatan kepada 46 mangsa, lapor CNN News.

Dalam beberapa klip video yang dimuat naik di media sosial, dapat disaksikan detik-detik cemas gempa berskala 6.8 magnitud menggegarkan negara tembok besar China itu.

Salah satu darinya adalah video yang dikongsikan oleh BNO News di Twitter, ia memaparkan keadaan jalan raya dan kawasan sekitar sewaktu gempa tersebut berlaku.

Menerusi video yang dirakam dari dashcam sebuah kereta itu, bumbung sebuah bangunan runtuh ketika kejadian tersebut sebelum seorang individu dilihat berlari untuk menyelamatkan diri.

Imbas kembali, satu gegaran telah direkodkan di wilyah Sichuan di Barat daya, Chengdu China semalam, lapor CNN News.

Difahamkan, kejadian itu berlaku sekitar jam 1 tengah hari waktu tempatan pada kedalaman 10 kilometer di ibu kota Sichuan dengan pusat gempa terletak kira-kira 43 kilometer dari tenggara Kangding, menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Ekoran gempa tersebut, kerajaan China telah mengeluarkan amaran kecemasan Tahap 3 dan telah mengerahkan pasukan penyelamat untuk membersihkan jalan yang terhalang disebabkan tanah runtuh.

Lebih sejuta penduduk di kawasan berkenaan difahamkan terkesan dengan gegaran tersebut.

Sebelum ini, wilayah Sichuan pernah merekodkan gempa bumi berukuran 7.9 mangnitud pada tahun 2008. Dianggarkan, seramai 90,000 nyawa terkorban dalam gempa tersebut yang dapat dirasai sejauh 1,450 kilometer jauhnya.

Gegaran itu merupakan salah satu gempa bumi yang paling dahsyat pernah dicatatkan di negara tersebut.

Manakala pada tahun lepas, negara itu turut menghadapi gegaran berukuran 6.0 magnitud yang menbunuh tiga orang dan seramai 60 orang tercedera, lapor kerajaan tempatan pada masa itu.

BACA JUGA: Sekali Lagi Gempa Bumi Landa Utara Sumatera, Lembah Klang Pula Rasai Gegaran

Sumber: CNN News