Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lelaki Terperangkap 2 Jam Dalam Tandas, Pintu Tersekat Sampai Lebam Tangan Cuba Buka
Seorang warga emas dilapor terperangkap di dalam tandas rumah yang sedang dinaik taraf selama dua jam selepas kunci pintu bilik mandi jenis lipat yang baru dipasang tersekat dan gagal dibuka, lapor Mothership.
Insiden itu berlaku pada 2 September di sebuah unit rumah flat di Blok 270 Jalan Bangkit di Bukit Panjang. Kerja-kerja ubah suai bermula pada 26 Ogos dan siap pada 2 September lalu.
Lelaki yang bernama Huang, memberitahu media di China bahawa ibunya yang berusia 91 tahun adalah orang pertama yang menggunakan bilik air tersebut yang bersebelahan dengan dapurnya.
Selepas selesai, Huang memasuki bilik mandi tersebut kira-kira jam 1 pagi dan membantu membersihkannya sebelum mandi. Bagaimanapun, dia mendapati kunci pintu tersebut tersekat dan dia tidak dapat keluar dari tandas itu.
Huang menambah bahawa kunci pintu itu berada di bahagian atas pintu lipat. Oleh kerana dia tidak dapat membuka pintu itu dengan sendiri, dia mengetuk pintu itu selama kira-kira dua jam sebelum isterinya mendengar bunyi ketukan tersebut.
Isterinya yang sewaktu itu berada di dalam bilik sedang menonton televisyen dan keluar untuk memeriksa bunyi yang bising itu. Huang menghabiskan dua jam di dalam tandas mencuba untuk membuka kunci itu bersama-sama dengan isterinya.
“Akhirnya, saya menggunakan pemutar skru untuk membuka ruang di celah pintu,” kata Huang.
Kedua-dua mereka terpaksa menggunakan kekerasan untuk membuka pintu tandas itu, dan jari Huang juga menjadi lebam akibat kejadian tersebut.

Huang berkata, isterinya tidak berani untuk mengunci pintu tandas bila menggunakannya sejak dari itu, takut sekiranya perkara sama berulang lagi. Dia juga bimbang dengan keselamatan ibunya yang sudah tua, yang tinggal bersamanya.
Pihak berkuasa telah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan akan menggantikan pintu itu dengan yang baharu. Bagaimanapun, lelaki itu berkata dia berharap jenis pintu yang berbeza boleh digantikan dengan pintu lipat yang sekarang.
Huang juga berkata beliau bersedia menambah wang untuk membuat pertukaran itu dan sedang dalam perbincangan dengan pihak berkuasa yang berkaitan.
Sumber: Mothership