Siakap Keli
putin guna tentera ai
Gambar: Getty Images/Tetra images RF/AFP

Putin Dilapor Mahu Guna Tentera Teknologi Tinggi AI, Tapi..

Presiden Rusia, Vladimir Putin sebelum ini dilapor pernah mengimpikan untuk menggunakan tentera berteknologi tinggi dengan kepintaran buatan (AI), memetik laporan Daily Star.

Bagaimanapun menurut laporan, impian Putin itu dipercayai mungkin sukar ekoran berlaku ‘sekatan ekonomi’ dari negara-negara pengeluar teknologi khususnya dari Barat.

Difahamkan sekatan ekonomi melibatkan pembekalan bahan teknologi tersebut berlaku ekoran krisis konfik antara Rusia dengan Ukraine yang tercetus sejak beberapa bulan yang lalu.

Pakar AI dan pelabur syarikat Solidus AI Tech, Herbert Sim, walaupun Rusia sudah mencapai kemajuan dalam mencipta perkakasan AI sendiri, namun sebahagiannya turut bergantung kepada Barat.

Seperti yang dilapor media, syarikat pembuat dan pengeluar cip mikro dari Barat seperti Nvidia dan AMD dikatakan sudah menghentikan penjualan produk mereka ke Rusia.

Justeru apabila terhentinya penjualan tersebut, perkembangan teknologi dalam sektor AI di Rusia berkemungkinan besar akan terhenti.

“Pengeluar senjata seperti Kalashnikov amat suka bermegah mengenai teknologi terkini dan sekiranya mereka mempunyai pakej lengkap autonomi berkenaan pembinaan sistem AI sepatutnya kami sudah tahu,” kata Sim.

Jelas Sim, Rusia amat yakin dengan teknologi autonomi AI yang mereka ada, namun bagi beliau teknologi itu tidak memenuhi padanan autonomi yang sepatutnya.

Gambar Hiasan | Kredit: Daily Star via Getty Images / iStockphoto

Dalam pada itu, Sim berkata, kemajuan ditunjukkan Rusia mungkin tidak dapat disangkal, sebab itulah negara tersebut sudah pun menunjukkan proses pembinaan AI sendiri.

Namun bagi Sim, kesepakatan dalam penghasilan teknologi itu harus dicapai bersama Barat.

Kekuatan Rusia lebih kepada saiz dan bukan teknologi

“Impian Putin dalam mencipta tentera yang paling berteknologi tinggi mungkin sukar dan beliau silap jika beliau fikir menceroboh Ukraine akan dapat membantunya,” tambah Sim.

Bagaimanapun menurutnya, tindakan yang dilakukan Rusia ke atas Ukraine sejak beberapa bulan lalu sebaliknya tidak membantu negara tersebut.

Malah dakwa pakar AI itu, kekuatan Rusia mungkin dapat dilihat daripada segi saiz negara yang begitu luas di dunia, tetapi bukan pada teknologi (dipercayai buat masa ini).

Sumber: Daily Star

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana