Siakap Keli
Gambar : Utusan

Kongsi Filem Cetak Compak Di Telegram, Penganggur Didenda RM10,000

Kongsi Filem Cetak Compak Di Telegram, Penganggur Didenda RM10,000

SEREMBAN- Seorang penganggur dijatuhi hukuman denda sebanyak RM10,000 oleh Mahkamah Seksyen Seremban hari ini, lapor Utusan.

Hakim Dania Md. Razali menjatuhkan hukuman kepada suspek selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan terhadapnya di bawah Akta Hak Cipta 1987.

Berdasarkan pertuduhan tersebut, lelaki berkenaan disabitkan kesalahan dengan cara dagangan mempamerkan kepada awam lima salinan langgaran karya filem melalui aplikasi Telegram.

Ia merupakan dalam bentuk bergerak termasuk bunyi bagi lima filem hak milik sebuah syarikat penyiaran yang masih wujud hak cipta bagi syarikat tersebut.

Jenayah itu didakwa dilakukan OKS di sebuah rumah di Taman Desa Melor pada jam 10 malam, 18 Mac 2021.

Oleh itu, suspek didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 41(1)(e) Akta Hak Cipta 1987 (Akta 332) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1)(i) akta yang sama iaitu denda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak lebih daripada RM20,000 bagi setiap langgaran.

Gambar : Utusan

Tambahan lagi, dia juga boleh dipenjara bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azmil Aspara yang kemudian memohon hukuman sewajarnya dikenakan terhadap OKS.

Menurut Azmil, perbuatannya dalam kes itu tidak bertanggungjawab dan sekiranya dibiarkan boleh menyebabkan kerugian yang besar kepada pemilik hak cipta itu dan menjejaskan industri perfileman di negara ini.

Terdahulu, OKS yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia menyesal dan tiada pengetahuan terhadap kesalahan yang dilakukannya itu.

Kemudian, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM10,000 terhadapnya dan memerintahkan hukuman penjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Menurut laporan, dia telah membayar denda tersebut.

Sumber : Utusan

Anis Annisa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.