Siakap Keli
justin bieber sekali lagi tangguh konsert jelajah
Gambar: Variety

Letih Buat Persembahan, Justin Bieber Sekali Lagi Tangguh Konsert Jelajah

Letih Buat Persembahan, Justin Bieber Sekali Lagi Tangguh Konsert Jelajah

Penyanyi kelahiran Kanada, Justin Bieber memaklumkan di media sosial bahawa dirinya mahu mengambil waktu untuk berehat seketika dan menangguhkan baki jelajah konsertnya.

Bieber, 28 memaklumkan tentang perkara itu menerusi hantaran di Instagram akibat masalah kesihatan yang dialaminya sebentar tadi.

“Pada awal tahun ini, saya mendedahkan kepada umum tentang penyakit Sindrom Ramsay Hunt yang sedang dialami, di mana sebahagian muka saya lumpuh.

“Akibat itu, saya tidak dapat menghabiskan Justice Tour di leg America Utara,” tulisnya media sosial berkenaan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Justin Bieber (@justinbieber)

Jelas penyanyi itu, selepas berehat dan berunding dengan doktor, keluarga dan kumpulannya, beliau telah meneruskan semula jelajahnya di Eropah baru-baru ini.

“Saya membuat enam persembahan secara langsung namun ia memberi kesan kepada diri saya. Pada hujung minggu lalu, saya membuat persembahan Rock di Rio dan saya memberikan segala yang mampu kepada orang di Brazil.” maklumnya lagi.

Bagaimanapun, selepas melakukan persembahan kepada peminatnya. Dia mendapati dirinya mengalami keletihan dan menyedari bahawa kesihatan menjadi keutamaan baginya.

“Jadi saya akan mengambil waktu untuk berehat seketika daripada konsert. Saya baik-baik saja tetapi  saya perlukan masa untuk rehat dan beransur dengan lebih baik

“Saya sangat berbangga melakukan persembahan ini dan mesej Keadilan kami untuk dunia,” katanya lagi,

Penyanyi berusia 28 tahun itu turut mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan kepadanya selama ini.

“Saya menyayangi anda semua,” katanya di Instagram.

Mata Sebelah Tak Berkelip, Justin Bieber Hidap Sindrom Ramsay Hunt, Lumpuh Sebelah Muka

Terdahulu dalam laporan Siakap Keli, masyarakat dunia digemparkan dengan berita apabila penyanyi itu memaklumkan dirinya mengalami lumpuh sebelah muka tiga bulan lalu.

Dalam laporan tersebut, Justin Bieber menerusi satu video di akaun Instagram miliknya, penyanyi tersebut menjelaskan bahawa beliau disahkan menghidap Sindrom Ramsay Hunt. Sindrom tersebut menyebabkabnya tidak dapat menggerakkan hampir separuh mukanya.

“Semuanya adalah disebabkan virus yang menyerang telinga dan muka saya sehingga menyebabkan muka saya lumpuh,” katanya dalam video tersebut.

“Seperti yang anda lihat mata sebelah ini tidak berkelip. Saya tidak boleh tersenyum di bahagian muka saya ini, lubang hidung tidak akan bergerak. Jadi sebelah muka saya hampir kesemuanya mengalami lumpuh”.

BACA JUGA: Mata Sebelah Tak Berkelip, Justin Bieber Hidap Sindrom Ramsay Hunt, Lumpuh Sebelah Muka

Sumber: Instagram Justin Bieber

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.