Siakap Keli
Lelaki Jepun Dibayar RM319 Sejam
Gambar via India Today

Lumayan, Lelaki Jepun Dibayar RM 319 Sejam, Hanya Keluar Jadi ‘Peneman’

Lumayan, Lelaki Jepun Dibayar RM 319 Sejam, Hanya Keluar Jadi ‘Peneman’

Disebabkan keadaan ekonomi yang membimbangkan kini dan ditambah pula dengan kos sara hidup yang dilihat semakin membebankan menyebabkan timbulnya pelbagai idea yang kreatif untuk mencipta punca pendapatan yang menguntungkan. 

Seorang lelaki di Jepun, Shoji Morimoto telah mencipta satu peluang pendapatan berbentuk perkhidmatan teman pelanggan dengan caj bayaran RM319/jam bagi setiap satu sesi. 

Difahamkan, Shoji menyediakan perkhidmatan untuk menemani pelanggannya makan malam, bersiar-siar di taman atau hanya mendengar luahan mereka. 

“Saya adalah ‘Rental-Do-Nothing-Man’ yang menyediakan perkhidmatan diri saya sendiri untuk disewa untuk tidak melakukan apa-apa. Saya hanya pergi ke tempat yang diarahkan untuk duduk dan tidak melakukan banyak perkara,” katanya, lapor Wion. 

Walaupun wujudnya agensi di mana anda boleh mengupah pelakon untuk bermain bersama dan keluarga, perkhidmatan sewaan seperti yang dilakukan oleh Shoji tidak pernah didengari di Jepun. 

Shoji Morimoto mengambil upah untuk menjadi diri sendiri dan tidak berbuat apa-apa pekerjaan selain menemani dan tidak perlu menyamar, seperti berpura-pura menjadi teman lelaki atau sebagainya.

“Apa yang saya maksudkan dengan tidak melakukan apa-apa adalah saya makan dan minum bersama pelanggan dan menjawab beberapa soalan mudah yang mereka ajukan,” jelasnya. 

Setakat ini, Morimoto mendakwa bahawa dia telah menerima pelanggan dan bekerja selama lebih 4,000 kali sejak melancarkan firmanya di laman Twitter pada 2018 dengan mengiklankan perkhidmatannya. 

Kini, Morimoto telah mempunyai lebih kurang hampir sejuta pengikut di Twitter dan 25% pelanggannya adalah dari orang yang sama termasuk seorang wanita yang telah 270 kali menggunakan perkhidmatan tersebut. 

Memetik agensi berita Wion, Morimoto akan mengenakan caj sebanyak RM319 untuk setiap tempahan yang dibuat. 

Dalam pada itu, dia juga akan mengenakan caj tambahan untuk pengangkutan dan jika tugasan pada waktu makan, pelanggan perlu bertanggungjawab untuk makanannya. 

BACA: Tular ‘Bot Donut’ Sarat Penumpang Dilanggar Bot, Ada Penumpang Tercampak Ke Laut

Sumber: Wion

Faiz Mustafa