Siakap Keli
Wanita Nekad Palsukan Penculikan
Gambar via Euroweekly

Wanita Nekad Palsukan Penculikan Ditahan, Tuntut Wang Tebusan RM28k Daripada Ibu Sendiri

Wanita Nekad Palsukan Penculikan Ditahan, Tuntut Wang Tebusan RM28k Daripada Ibu Sendiri

Seorang wanita di Tenerife dan pasangannya telah ditahan polis kerana memalsukan berkenaan penculikannya.

Menurut Euroweekly, wanita tersebut juga turut meminta wang tebusan sebanyak RM 258,000 daripada ibunya sendiri.

Selepas menerima satu video yang menunjukkan sebilah pisau sedang diacukan di lehernya, mangsa telah bergegas mengeluarkan wang tunai sebanyak €50,000 euro daripada bank untuk membayar bagi membebaskan anaknya.

Wanita muda itu dan pasangannya memeras ugut ibunya sendiri dengan meminta wang tebusan secara tunai, yang perlu dihantar ke suatu tempat yang telah ditetapkan oleh penculik yang didakwa.

Penyiasat mendapati ibu wanita itu telah ditipu sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ini, di mana dia telah menyerahkan jumlah keseluruhan sebanyak RM 232,000 selepas menerima tiga surat berisi ancaman terhadap nyawa anak perempuannya.

Penyiasat memfokuskan siasatan pada orang terdekat wanita itu.

Selepas siasatan dijalankan, protokol penculikan diaktifkan dengan bantuan pakar dari Unit Operasi Pusat.

Pasukan intervensi khas GRS-8 juga dikerahkan, langkah berjaga-jaga sekiranya perlu campur tangan untuk membebaskan wanita yang diculik itu.

Pasukan keselamatan menemui wanita itu dalam keadaan selamat, unit penyiasat terus menangkap lima orang yang terlibat yang berada bersama dengan wanita itu atas kesalahan jenayah memalsukan penculikan dan peras ugut.

Pada waktu penangkapan, watak penculik di dalam video dan keluarga lelaki itu berada di sebuah tempat permainan video arked.

Pasukan Keselamatan Guardia Civil berjaya menyelesaikan kes itu dalam masa kurang daripada 24 jam. Dalam pencarian dirumah lelaki tersebut, pasukan Guardia Civil menemui alat yang digunakan dalam kes penculikan palsu itu.

Pisau besar, sapu tangan yang digunakan untuk menyumbat mulut wanita muda itu dan sebotol darah tiruan.

Sumber: Euroweekly

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka