Siakap Keli
Gambar : Sinar Harian

Ambulans Bawa Pesakit Terbabas Rempuh Kerbau Melintas

Ambulans Bawa Pesakit Terbabas Rempuh Kerbau Melintas

KOTA BELUD – Sebuah ambulans yang dalam perjalanan membawa pesakit ke Kota Kinabalu terbabas sebelum bertembung dengan kenderaan lain selepas seekor kerbau melintas jalan dalam kejadian di alan Kesapang, di sini, pada awal pagi Khamis, pada pukul 1.30 pagi Khamis.

Menurut laporan, pemandu ambulans lelaki (40) bersama seorang doktor (30) dan jururawat wanita (41) serta seorang pesakit wanita berusia 37 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan ekoran kejadian tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, kemalangan itu melibatkan dua kenderaan iaitu ambulans dan sebuah pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max.

“Hasil siasatan awal mendapati ambulans milik Hospital Kota Marudu dalam perjalanan membawa pesakit ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu.

“Sebaik tiba di lokasi, ambulans berkenaan terlanggar seekor kerbau yang tiba-tiba melintas di hadapan dan menyebabkan pemandu hilang kawalan lalu masuk ke lorong bertentangan.”

“Lalu terlanggar sebuah pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki berusia 28 tahun,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Tambahnya lagi, kerbau yang menjadi punca kepada kemalangan tersebut telah mati di lokasi kejadian.

“Kedua-dua pemandu bersama tiga penumpang termasuk doktor, jururawat dan pesakit tidak mengalami kecederaan.

“Bagaimanapun, kes masih disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59),” katanya.

Sementara itu, tular di media sosial salah seorang mangsa yang terlibat mengatakan punca kemalangan tersebut berlaku adalah daripada kerbau berkenaan.

Sumber : Sinar Harian

Anis Annisa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.