Dirawat & Dicurahkan Kasih Sayang, Transformasi ‘Oyen’ Jalanan Penuh Kurap Di Muka Buat Ramai Tersentuh
Kucing atau sering dipanggil si bulus menjadi kegilaan buat para penggemar kucing di luar sana dengan telatahnya seringkali mencuit hati.
Kebanyakan kucing dipelihara sejak kecil oleh tuan mereka dengan diberikan nama, permainan dan juga pelbagai makanan untuk kekal sihat.
Bagaimanapun, tanpa pemantauan yang secukupnya, kucing akan mudah terdedah dengan pelbagai jenis penyakit seperti kurap, kutu dan sebagainya.
Kurap kucing ini kebiasaannya terjadi disebabkan jangkitan kuman oleh bakteria dan kulat. Biasanya, kucing yang mengalami penyakit ini kelihatan seperti berkudis, gatal dan kulit menggerutu.
Begitulah yang terjadi dengan seekor kucing ini yang ditemui di halaman rumah seorang lelaki.
Menerusi satu video yang dikongsikan oleh Cat Man Chris di platform TikTok, seekor kucing berwarna oren dilihat ‘mengalami’ transformasi yang begitu ketara.
@catmanchrispoole This young cat was suffering badly with mange… when I first saw him I thought he was a rock or ornament in the garden, he almost looked like stone close up too!Thankfully mange is easily treated and it soon started to clear, he was also friendly so @Happy Tailz Cat Rescue, Inc were able to find him a good home 🙂 #catrescue #cats #catmanchris #cat #fyp #transformation #rescue
Manakan tidak, pemilik video berkenaan bahkan pada awalnya menyangka bahawa haiwan tersebut ialah batu.
Namun sangkaannya meleset sama sekali, ternyata ia merupakan seekor kucing yang dipenuhi kurap.
Berdasarkan video berkenaan, dari jauh kucing itu kelihatan seakan-akan batu kerana berbaring di atas rumput dengan bulu yang menutupi matanya.
Pada bahagian kepala jelas kelihatan penyakit kurap yang menempel pada muka kucing itu hingga tidak menampakkan kedua-dua matanya.
Sehubungan itu, pemilik video berkenaan yang bersimpati dipercayai telah menjaga kucing itu sehingga sembuh. Kucing malang itu juga diberikan makan yang secukupnya dan kurapnya juga telah dirawat.
Dalam video yang dikongsikan itu menunjukkan sepanjang proses rawatan kurap dilakukan hingga pulih sepenuhnya.
Jelas kelihatan ubat atau rawatan yang diberikan memberikan kesan baik dengan kurap yang menempel pada wajahnya sedikit demi sedikit tertanggal.
Perkongsian video berkenaan mendapat lebih 1.1 juta tanda ‘Suka’ dan lebih 15,000 komen serta 10,000 perkongsian.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna mengucapkan rasa syukur yang tak terhingga kepada individu yang merawat kucing berkenaan.

Setiap haiwan berhak mendapatkan perlindungan yang sewajarnya daripada tuan atau pemilik mereka kerana ia merupakan satu tanggungjawab.
Sumber: Tiktok Cat Man Chris