Siakap Keli
Gambar: Adek Berry/AFP

Inspirasi Dari ‘Train To Busan’, Kereta Api ‘Zombie’ Jakarta Jadi Taruhan Atasi Jalan ‘Jammed’

Inspirasi Dari ‘Train To Busan’, Kereta Api ‘Zombie’ Jakarta Jadi Taruhan Atasi Jalan ‘Jammed’

Kereta Api ‘Zombie’ Jakarta memberikan kelainan kepada para pengguna pengangkutan awam dengan suasana yang menyeramkan di Jakarta, Indonesia, lapor AFP.

Difahamkan, inovasi itu dilakukan oleh pemilik transit tersebut sebagai satu inisiatif untuk menarik lebih ramai pengguna menaiki pengangkutan awam itu.

Gambar: Adek Berry/AFP

Pelbagai perubahan yang dilakukan ke atas transit itu termasuk stesen kereta api yang diubah menjadi ‘rumah hantu berdarah’ sebagai usaha bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas yang teruk kepada lebih 30 juta penduduk di Jakarta.

Menurut penganjur, Pandora Box pada bulan lepas, pameran berbayar itu dilancarkan dengan kerjasama supercity PT LRT Jakarta untuk mempromosikan sistem pengangkutan baharu itu dan memberi galakan kepada golongan muda.

Pelbagai tarikan seperti ‘hantu’ dengan berpakaian menakutkan termasuk satu watak yang menyeramkan dengan berwajah ‘mata putih’.

Gambar: Adek Berry/AFP

Dalam pameran itu, pengunjung dapat merasai pengalaman seram dengan adegan zombi mengheret kaki, askar-askar yang bersenjatakan senapang melawan zombi sambil memandu ke arah mereka melalui terowong stesen kereta api yang gelap.

Tambahan lagi, penumpang juga disajikan dengan pertunjukan seorang penyampai berita televisyen melaporkan tentang wabak virus ‘Pandora’ yang merebak ke seluruh bandar.

Untuk makluman, kereta api itu digelar “Train to Apocalypse”, dan sebenarnya diinspirasikan daripada sebuah filem seram Korea Selatan iaitu “Train To Busan“.

“Kami ingin memberitahu golongan muda supaya menaiki pengangkutan awam yang merupakan satu pengalaman yang menarik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Pandora Box, Billy Junior memberitahu AFP.

Untuk menaiki tiket kereta api zombi ini, orang ramai hanya perlu membayar dengan harga antara RM18 hingga RM21 dengan jarak perjalanan yang mengambil tempoh selama 20 minit. Ia dilaporkan bakal berakhir pada Ahad ini.

Gambar: Adek Berry/AFP

Dalam pada itu, LRT biasa juga disediakan buat penumpang yang tidak mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Terdahulu, sistem pengangkutan kereta api itu mula beroperasi secara komersial pada tahun 2019 lalu.

Sumber: AFP

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.