Siakap Keli

Lelaki Buat “Live” Tembakan Rambang, Dipercayai Sekurang-kurangnya Dua Maut Setakat Ini

Seorang lelaki berusia 19 tahun dilaporkan melepaskan tembakan kepada orang awam di Mephis sambil melakukan siaran langsung menerusi laman Facebook pada Rabu, 7 September.

Menurut laporan, sekurang-kurangnya dua dilaporkan maut ditembak pada pukul 7 petang di stesen minyak BP di dan seorang wanita cedera parah selepas ditembak di Norris Road.

Dalam pada itu, polis mendakwa suspek memandu sebuah kereta Infiniti berwarna biru atau perak dan merakam dirinya sambil melepaskan tembakan ke arah orang awam.

Difahamkan, pihak polis masih tidak berjaya mengenal pasti lokasi tepat lelaki tersebut berada buat masa ini. Disamping itu, kenderaan yang digunakan mempunyai tag merah serta tanpa cermin belakang.

Sumber: Memphis Police Dept, Fox 13

Faiz Mustafa