Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Sama ‘Je’ Macam iPhone 13, Anak Perempuan Steve Jobs ‘Sindir’ iPhone 14

Sama ‘Je’ Macam iPhone 13, Anak Perempuan Steve Jobs ‘Sindir’ iPhone 14

Anak perempuan mendiang Steve Jobs, menyindir iPhone 14 yang baru dilancarkan syarikat Apple menggunakan meme di internet.

Eve, 23, seolah-olah menyatakan bahawa telefon pintar terbaharu keluaran syarikat teknologi gergasi itu seakan-akan tidak ada perubahan yang ketara berbanding model keluaran sebelumnya.

Dia telah menyiarkan semula sebuah meme gambar seorang lelaki pertengahan umur membeli baju yang sama seperti yang dipakainya, dengan mengatakan “Saya menaik taraf daripada iPhone 13 kepada iPhone 14 selepas Apple mengumumkannya hari ini.”

Gambar : Daily Mail

Gambar tersebut lantas telah mendapat pelbagai reaksi dan komen dari pengguna media sosial.

“Bro mereka hanya mengeluarkan benda yang sama sahaja secara berulang kali,” komen seorang netizen di media sosial.

“Apple mengeluarkan telefon yang sama dengan sedikit peningkatan lagi?” tanya pengguna media sosial tentang maksud meme itu.

Pada awal Rabu, Apple telah melancarkan beberapa produk baru antaranya ialah AirPods, Apple Watch dan yang paling ditunggu-tunggu iPhone 14.

Siri iPhone 14 dan iPhone 14 Plus, didatangkan dalam lima warna: tengah malam, cahaya bintang, biru, ungu dan merah.

Menurut Apple, telefon pintar itu mempunyai ‘sistem kamera baharu yang menakjubkan’ dengan kamera utama 12 megapiksel yang dinaik taraf dengan deria yang lebih besar daripada telefon pintar terdahulu.

Tambahan lagi, iPhone 14 dan 14 Plus turut menampilkan reka bentuk aluminium grad aeroangkasa yang anggun dalam lima kemasan, bersama-sama dengan reka bentuk dalaman yang dikemas kini untuk prestasi terma yang lebih baik.

Greg Joswiak, naib presiden kanan Apple Pemasaran Seluruh Dunia, berkata dalam satu kenyataan: “Kedua-dua telefon mempunyai kamera utama baharu yang berkuasa dengan lonjakan besar dalam prestasi cahaya malap.”

Gambar : Daily Mail

Kamera telefon tersebut turut dilengkapi dengan TrueDepth baharu untuk kamera hadapan yang memfokus secara automatik pada objek bersama-sama dengan kamera Ultra Wide yang menangkap lebih banyak pemandangan.

Sementara itu, sistem video juga dipertingkatkan dengan mod ‘tindakan’, yang memastikan rakaman video stabil walaupun semasa bergerak.

Kamera iPhone 14 Pro adalah 65 peratus lebih besar daripada iPhone 13 Pro dan mempunyai penderia yang membolehkannya mengambil gambar dua kali lebih baik dalam cahaya malap berbanding pendahulunya.

Ketua Pegawai Eksekutif Tim Cook berkata iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Max adalah telefon pintar terbaik yang pernah dihasilkan Apple.

Sumber : Daily Mail

Anis Annisa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.