Siakap Keli

Skrin Tanpa Takuk, Hadir Dengan “Always On Display”, Ramai Tak Sabar Nak Beli iPhone 14

Skrin Tanpa Takuk, Hadir Dengan “Always On Display”, Ramai Tak Sabar Nak Beli iPhone 14

Apple secara rasminya memperkenalkan siri terbaru empat model iPhone 14 iaitu iPhone 14, iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max. Difahamkan, iPhone 14 Plus merupakan model yang menggantikan model ‘mini’ yang tidak lagi dikeluarkan oleh Apple selepas ini.

Nama ‘Plus’ pada model iPhone bukanlah kali pertama ia diguna pakai, namun kali ini penggunaan nama tersebut sedikit berbeza kerana ia hanya merujuk kepada saiz peranti tersebut dan bukannya spesifikasi. 

Bersesuaian dengan nama yang diberi, iPhone 14 Plus hadir dengan skrin yang lebih besar dengan saiz 6.7 inci panel OLED Super Retina XDR. iPhone 14 Plus juga dijana dengan cip pemrosesan yang sama dimumkan pada tahun lepas, A15 Bionic namun dipadankan dengan sistem operasi iOS 16. 

Pada model peranti ini, Apple masih lagi mengekalkan reka bentuk takuk pada bahagian panel hadapan dimana ia juga menempatkan Face ID dengan bezel yang lebih nipis.

Selain itu, Apple juga mengekalkan dua lensa pada bahagian belakang dengan kombinasi yang masih sama dengan model terdahulu iaitu 12MP f/1.5 (utama) 1.9 µm+12MP f/1.9 (sudut lebar). Namun, terdapat peningkatan sebanyak 49% untuk kualiti imej cahaya malap dan juga Night Mode dengan dua kali lebih pantas berbanding iPhone 13. 

iPhone 14 Plus juga turut dilengkapi dengan penggunaan teknologi Photonic Engine, Cinematic mode yang kini menyokong 4K/30 fps dan 4K/24fbs serta Dolby Vision HDR. 

Menariknya lagi, ia juga didatangkan dengan ciri keselamatan yang baru iaitu Crash Detection. Ciri keselamatan ini mampu mengesan kemalangan kereta yang teruk dan terus mendail talian perkhidmatan kecemasan secara automatik apabila pengguna tidak sedarkan diri atau tidak boleh mencapai iPhone mereka.

Apple juga memperkenalkan sistem Emergency SOS melalui satelit kepada semua model siri iPhone 14 mereka. 

Untuk model kali ini, Apple menawarkan lima pilihan warna pada iPhone 14 Plus iaitu Midnight, Starlight, Blue, Purple dan (PRODUCT) RED.

Bagi iPhone 14, difahamkan model ini dilengkapi dengan ciri yang sama dengan iPhone 14 Plus. Perbezaan kedua-dua model ini hanyalah dari segi saiz dimana Apple menggunakan skrin bersaiz 6.1 inci untuk iPhone 14. 

Harga bagi penjualan iPhone 14 bermula pada harga RM4,199, manakala iPhone 14 Plus pula pada harga RM4,699 untuk 128GB. Anda juga boleh mula melakukan pra-tempah bermula 16 September ini dan akan dijual bermula 23 September. 

iPhone 14 Pro & Pro Max

Bagi model iPhone 14 Pro dan Pro Max pula, perbezaan yang ditawarkan pada model Pro adalah saiz skrinnya yang bersaiz 6.1 inci. Bagi model Pro Max pula dipadankan dengan skrin bersaiz 6.7 inci. 

Kedua-dua model ini menggunakan panel ceramic dan kaca bertekstur matte di belakang serta bingkai logam tahan karat. 

Seperti yang sedia tahu, tarikan utama iPhone dimata pengguna awam adalah kekuatan kameranya terutama sekali ketika merakam video. Model Pro kali ini masih mengekalkan empat lensa di bahagian belakang dan kamera hadapan tunggal untuk swafoto.

Kamera belakang terdiri daripada kamera kamera utama 48MP ( µm, ƒ/1.78 apertur), kamera sudut lebar 12MP (120°, ƒ/2.2 aperture) , kamera telefoto 12MP quad pixel (2x telephoto,  ƒ/1.78 apertur) dan kamera depan telefoto 12MP (3x telephoto,  ƒ/2.8 aperture) untuk pengalaman foto yang memuaskan. 

Dalam pada itu, prestasi lensa utama dikatakan lebih baik dalam mengendalikan pencahayaan rendah sebanyak 49%. Manakala kamera swafoto juga dilengkapi dengan 12MP (3x telephoto) digandingkan dengan ciri auto fokus dan juga mempunyai aperture f/1.9. 

Action Mode yang tersedia pada peranti ini menjanjikan penstabilan yang lebih baik terutama sekali ketika merakan video aktiviti lasak yang memerlukan kelajuan seperti berlari dan sebagainya. ProRaw juga boleh digunakan dengan lensa 48MP dan lampu ‘flash’ pula kini lebih fleksibel dan terang pencahayaannya. 

Apple kini telah menggunakan paparan berlubang dan tidak lagi menggunakan takuk buat pertama kalinya pada model  iPhone 14 Pro dan Pro Max. Bukan sekadar berlubang, ciri ini digelar sebagai Dynamic Island. Apple benar-benar memanfaatkan elemen fizikal antara muka pada model baharu mereka. 

Hal ini kerana apa-apa notifikasi daripada sebarang aktiviti akan dipaparkan menerusinya seperti pop-up dengan kesan animasi yang lancar. Ia akan kelihatan seolah-olah lubang tersebut sebahagian daripada pop-up tersebut. Selain itu juga, ia masih kekal dengan legasi ProMotion 120 Hz dengan skrin OLED Super Retina XDR. 

Kecerahan tertinggi pada paparan boleh ditingkatkan sehingga 2000 nit, agak tinggi bagi sebuah telefon bimbit atau telefon pintar. Yang menjadi tumpuan kepada model Pro kali ini adalah paparan kekal atau Always On-Display buat pertama kalinya dalam sejarah pembikinan iPhone. 

Difahamkan, apabila peranti iPhone berada ada mod paparan kekal, warna objek masih kekal, cuma akan dimalapkan. Kecerahan paparan akan turun serendah 1Hz pada mod ini. 

Storan dalam kedua-dua model ini bermula daripada 128GB hingga maksimum 1TB. iPhone 14 Pro dan Pro Max tersedia dengan empat pilihan warna dengan tambahan warna Deep Purple. 

iPhone 14 Pro mula dijual di Malaysia dengan harga RM5,299 (128GB) dan iPhone 14 Pro Max pula pada harga RM5,799 (128GB). Anda boleh mula melakukan pra tempah pada 16 September akan datang. 

BACA: Penyanyi Veteran, Datuk M Daud Kilau Alami Sesak Nafas, Dilapor Kritikal

Sumber: Wiser.my

Faiz Mustafa