Sekumpulan pemuda Youtuber Melayu Pattani berasa seriau nak buang air disebabkan tandas tersebut menggunakan dinding transparent.
Sebuah kumpulan Youtuber Melayu Pattani, Dara Nayu telah mengunjungi sebuah taman tema di Bangkok iaitu Dream World Bangkok. Semasa kunjungan mereka ke taman tema tersebut, kumpulan ini terkesima dengan reka bentuk tandas yang kelihatan terlalu ‘open’.
Kumpulan penggiat Youtube yang terkenal dengan kandungan bahasa Melayu Pattani, Dara Nayu telah pergi berhibur di sebuah taman tema terkenal di Thailand. Taman tema ini memiliki keluasan kira-kira 25 hektar dan dibahagikan kepada beberapa zon seperti Dream World Plaza, Dream Gardens, Fantasy Land dan Adventure Land.

Selain itu, taman tema ini menempatkan lebih daripada 40 permainan berserta kawasan tarikan keluarga. Apabila mendengar mengenai keluasan dan tarikan yang terdapat pada taman tema ini, sudah semestinya kita akan meluangkan banyak masa di tempat tersebut.
Jika kita menghabiskan masa yang panjang di sesuatu tempat, sudah semestinya kita tidak dapat lari daripada menerima “panggilan alam”. Proses perkumuhan dan penyahtinjaan merupakan salah satu cara manusia untuk membuang bahan-bahan yang tidak diperlukan dalam badan.
Disebabkan proses alami tersebut sangat penting dalam kehidupan manusia, hampir keseluruhan premis menawarkan kemudahan tandas. Tandas merupakan satu prasarana yang sangat penting untuk memastikan manusia tidak membuang air kecil mahupun besar di merata-rata tempat.
Reka Bentuk Tandas Yang ‘Menggugat Ketenangan’ Penggunanya
Berbalik kepada konteks, salah seorang daripada ahli kumpulan Dara Nayu ingin menggunakan tandas di Dream World. Kebiasaannya, tandas direka untuk memberikan rasa ‘privacy‘ kepada penggunanya untuk melaksanakan hajat dengan sempurna. Tiada siapa yang mahu dilihat ketika membuang air kecil mahupun besar.
Walau bagaimanapun, reka bentuk tandas di Dream World ini boleh dikatakan agak menyimpang daripada prinsip rekaan tandas. Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat kedudukan urinal bowl (tempat buang air kecil berdiri) betul-betul di hadapan cermin tingkap. Dengan erti kata lain, pengguna tandas boleh melihat apa berlaku di luar tandas melalui cermin tingkap tersebut.

Diselubungi rasa gelisah, salah seorang daripada ahli kumpulan membuat percubaan untuk membuang air tetapi tidak kesampaian disebabkan ramai orang yang lalu lalang seakan-akan ‘melihat’ dirinya dari luar cermin.
Rakannya cuba menyakinkan lelakinya dengan pergi ke bahagian luar tandas bagi memastikan pengunjung di luar betul-betul tidak nampak apa yang berlaku di dalam tandas tersebut.

Ternyata kenyataan rakannya itu telah menyakinkan lelaki berbaju biru tersebut untuk membuat percubaan kedua. Seperti sebelum ini, ‘misinya’ gagal disebabkan dia melihat beberapa pengunjung mengambil gambar swafoto di hadapan cermin tingkap dan diganggu dengan gelagat kanak-kanak yang nakal.

Akhir sekali, lelaki berbaju biru tersebut telah membatalkan ‘misinya’ kerana tandas itu gagal memberikan ketenangan kepadanya untuk melepaskan hajat dengan sempurna. Dia juga berkata, “Tak gamak nak kencing dekat sini..”. Tandas ‘transparent’ itu memberikan rasa gelisah kepada penggunanya untuk melepaskan hajat.
Nak tahu macam mana perasaan gementar mereka? Jom tonton video di bawah.
Dara Nayu Pernah Datang Ke Malaysia Demi Filem Mat Kilau
Kumpulan Youtuber ini gemar melancong ke pelbagai tempat, termasuklah negara kita. Sebelum ini, Siakap Keli pernah melaporkan kunjungan mereka ke Terengganu, demi menonton filem ‘hit’ negara kita, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Dalam artikel tersebut, mereka telah berada di Malaysia selama tiga hari (29-31 Julai) untuk menonton filem Mat Kilau. Selain itu, mereka juga makan angin di sekitar Kelantan dan Terengganu dan bertanyakan kepada peminat mengenai lokasi tempat makan yang sedap di sekitar kawasan itu.
Sumber: Malaysian Updates via TikTok