Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Dua Pelangi Dilapor Muncul Atas Istana Buckingham Selepas Kemangkatan Ratu Elizabeth II

Dua Pelangi Dilapor Muncul Atas Istana Buckingham Selepas Kemangkatan Ratu Elizabeth II

Orang ramai mendakwa kemunculan dua pelangi di atas Istana Buckingham dan satu di Istana Windsor pada 8 September sebagai satu ‘simbolik’ ‘selamat tinggal’ daripada Ratu Elizabeth II yang telah disahkan mangkat.

Memetik Daily Mail, pelangi itu muncul ketika orang ramai sedang berkumpul menantikan berita mengenai Ratu Elizabeth dari luar pintu pagar istana.

Dalam pada itu, dua set pelangi tersebut bahkan muncul tepat di atas tugu peringatan Victoria dan orang ramai mendakwa itu adalah ‘simbolik’  dari ‘Ratu Elizabeth bersama Prince Philip’.

Difahamkan, orang ramai telah berkumpul di kediaman Ratu Elizabeth selepas Istana Buckingham menjelaskan keadaan kesihatan baginda yang semakin membimbangkan.

Sehubungan dengan itu, keluarga diraja dilaporkan terus bergegas ke Balmoral untuk melawat baginda sebelum diumumkan mangkat. 

Menurut laporan, kemangkatan Ratu Elizabeth telah disahkan pada jam 6.30 petang semalam (waktu tempatan). Sebelum ini, mendiang Ratu Elizabeth II dilapor mengalami masalah kesihatan yang merosot sehingga perlu berada di bawah pengawasan pihak perubatan istana.

Ekoran berita kamangkatan baginda, difahamkan seluruh UK akan melalui tempoh berkabung selama 10 hari sebagai tanda penghormatan terakhir buat baginda.

Dalam pada itu, selepas mangkatnya Ratu Elizabeth II, Putera Charles, 73, dilaporkan akan mengambil alih takhta monarki Britain dengan menggunakan gelaran Raja Charles III. 

Memetik BBC UK, anakanda baginda iaitu Putera Wiliam dan isteri, Kate Middleton secara automatik akan menggunakan gelaran Duke dan Duchess of Cornwell, Cambridge. Isteri baginda pula, Camilla akan dikenali sebagai Queen Consort. 

Disamping itu, menurut laporan, Raja Charles III akan menaiki takhta secara rasminya di Istana St James, London pada Sabtu ini. 

BACA: Pernah Jumpa Di Gunung Jerai, Gadis Dakwa Ada ‘Kembar’ Ular Emas & Selalu Bergurau Dalam Mimpi

Sumber: Daily Mail

Faiz Mustafa