Pemegang Takhta Paling Lama, Kenali Siapa Sebenarnya Ratu Elizabeth II
Ratu Elizabeth II telah disahkan mangkat pada usia 96 tahun awal pagi tadi. Baginda ratu telah memerintah kerajaannya selama lebih kurang 70 tahun sejak ditabalkan sebagai Ratu Inggeris di usia 25 tahun. Ia sekaligus menjadikannya sebagai pemegang takhta Inggeris paling lama dalam sejarah.
Istana Buckingham telah mengumumkan kemangkatan Ratu Elizabeth II di Istana Balmoral, Scotland pada Khamis. Dikhabarkan juga, anak cucu baginda turut berkumpul pada saat-saat terakhir baginda menghembuskan nafas terakhir.
Dalam pada itu, selepas mangkatnya Ratu Elizabeth II, Putera Charles, 73, dilaporkan akan mengambil alih takhta monarki Britain dengan menggunakan gelaran Raja Charles III.
Biodata ringkas Ratu Elizabeth II
Ratu Elizabeth II dilahirkan pada 21 April 1926 di London diberi nama Elizabeth Alexander Mary dengan gelaran Yang Mulia Puteri Elizabeth dari York (Royal Highness Princess Elizabeth of York).
Ratu Elizabeth merupakan anak kepada pasangan Putra Albert, Duke of York (Raja George VI) bersama Elizabeth Bowes- Lyon.
Ketika Ratu Elizabeth lahir, datuknya masih menduduki takhta sebagai Raja Inggeris. Pada tahun 1936, putera sulung George V iaitu bapa saudara kepada Ratu Elizabeth II diangkat menjadi Raja Edward VIII.
Ketika menjadi Raja, Edward VIII telah jatuh cinta dengan seorang wanita yang diceraikan (janda) bernama Wallis Simpson yang berasal dari Amerika.
Hal tersebut membuatkan Raja Edward VIII dilucutkan takhta dan memilih untuk hidup bersama pujaan hatimya berbanding kuasa pemerintahan.
Secara automatik, bapa kepada Ratu Elizabeth II menduduki takhta menggantikan Raja Edward VIII dengan gelaran Raja George VI.
Baginda ditabalkan sebagai raja pada tahun 1937, mengambil nama George sebagai tanda menyambung legasi ayahnya.
Namun, Raja George VI mangkat pada tahun 1952 ketika Ratu Elizabeth masih berusia 25 tahun. Oleh itu, Ratu Elizabeth telah menduduki takhta menggantikan bapanya menjadikan pada tahun 1953 ketika usianya masih terlalu muda.
Majlis pertabalan baginda sekaligus mencatatkan sejarah baru di kerajaan Inggeris kerana menjadi Ratu pertama yang disiarkan menerusi tayangan televisyen.
Perkahwinan Ratu Elizabeth II
Menyentuh soal hubungan cinta, Ratu Elizabeth II pernah melangsungkan perkahwinan bersama Philip Mountbatten yang juga memiliki pertalian kerabat diraja sebagai sepupu jauh. Baginda berkahwin dengan Philip Mountbatten pada November 1947 di Westminster Abbey London.
Pasangan itu telah dikurniakan empat cahaya mata, tiga lelaki dan seorang perempuan. Putera Charles merupakan anak pertama mereka yang lahir pada tahun 1948.
Kemudian diikuti anak kedua, Puteri Anne yang lahir pada 1950 manakala Putera ketiga baginda lahir pada tahun 1960, Putera Andrew. Putera bongsu baginda pula lahir pada tahun 1964, Putera Edward.
Walau bagaimanapun, Putera Philip dilaporkan meninggal dunia pada 9 April 2021. Ketika itu, seluruh Kerajaan Inggeris berduka. Lebih-lebih lagi sang isteri, Ratu Elizabeth II.
Pemegang takhta Ratu pertama
Ratu Elizabeth merupakan pemegang takhta paling lama dalam sejarah Monarki Britain iaitu selama 70 tahun. Monarki Britain merupakan yang paling luas di dunia meliputi Britain, Kanada, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Pakistan dan Sri Lanka.
Ratu Elizabeth juga merupakan pemerintah kepada Jamaica, Bahamas, Grenada, Papua New Guinea, Kepulauan Solomon, Tuvalu, Saint Lucia, Saint Vincent, Grenadines, Belize, Antigua, Barbuda serta Saint Kitts dan Nevis.
Sebagai Ratu terlama dalam sejarah Inggeris, baginda telah mencuba memerintah mengikut peredaran zaman yang lebih moden dan sensitif terhadap umum dalam masa yang sama masih mempertahankan tradisi diraja yang berkait dengan mahkota kerajaan.
Ratu yang tidak lokek senyuman di wajahnya telah memodenkan monarki, menghilangkan beberapa formaliti dan menjadikan tapak dan khazanah tertentu supaya lebih mudah diakses oleh orang ramai.
Disamping itu, baginda juga seorang yang lemah lembut, berprikemanusiaan, peramah sehingga ramai rakyat British menyayanginya.
Walaupun sudah berusia, Ratu Elizabeth II tetap menjalankan tugasnya dengan baik sehingga di usianya 90 tahun, dia terus memberi sumbangan kepada negara termasuk turut serta dalam ratusan pertubuhan amal dan program kebajikan.
Semasa memerintah, Ratu Elizabeth II telah bekerjasama dengan 15 Perdana Menteri. Kini, Lizz Truss telah dilantik menjadi Perdana Menteri Amerika Syarikat yang baru pada 6 September lalu.
Dalam pada itu, beliau juga telah bertemu dengan sebahagian Presiden Amerika Syarikat termasuk Joe Biden pada Jun 2021 tahun lalu.
Kemangkatan Ratu Elizabeth II sekaligus mengangkat Putera Charles menduduki takhta ibunya menjadi Raja England yang baharu. Putera Charles secara rasmi memegang mahkota kerajaan itu pada usia 73 tahun.
BACA: Ratu Elizabeth II Mangkat: Agong Titah Pahang Kibar Bendera Separuh Tiang Selama 3 Hari
Sumber: Detik.com
Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang