Pengasas Dogecoin Ikrar Tak Akan Kembali ‘Main’ Kripto Lagi, Dedah “Kartel Dah Kawal…”
Jackson Palmer, pencipta bersama Dogecoin telah menjelaskan alasannya untuk meninggalkan bisnes mata wang kripto dan berikrar untuk tidak akan kembali terlibat dalam urus niaga itu lagi.
Pada 2021, beliau membuat kejutan apabila tampil dalam siri Tweet yang menjelaskan alasan berbuat demikian dan mendedahkan apa yang didakwanya sebagai realiti semasa dunia kripto yang tidak diketahui oleh orang awam.
“Saya sering ditanya sama ada saya akan ‘kembali kepada mata wang kripto’ atau berkongsi tentang topik itu lagi. Jawapan saya, dengan sepenuh hati, adalah tidak” tulis Palmer di Twitternya.
Pada 2013, Palmer dan rakannya, Billy Markus mencipta Dogecoin yang diinspirasikan daripada meme “Doge”, iaitu gambar anjing shiba inu.
Ketika itu, mereka sebenarnya tidak berniat pun untuk menjalankan bisnes Dogecoin secara serius. Malah, Dogecoin yang dihasilkan hanya dianggap sebahai satu jenaka sahaja.
Namun, apabila syiling tersebut dikeluarkan, ia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pedagang-pedagang. Malah, ketika ini, Dogecoin turut tersenarai dalam kalangan 10 matawang kripto dengan nilai pasaran tertinggi. Pada satu ketika, Dogecoin berjaya mencapat paras tertinggi iaitu hampir 74 sen.

Bagaimanapun, mereka tidak mendapat keuntungan kerana telah menjual semua pegangan nilai matawang tersebut sebelum nilainya sempat meningkat naik.
Dalam rajutan Twitternya, Palmer turut mengkritik individu yang berkuasa dalam bisnes mata wang kripto.
Parmel mendakwa pasaran kripto ”dikawal oleh kartel yang berkuasa dan kaya-raya” iaitu individu sama yang terlibat dengan ”pelbagai institusi yang ada kena mengena dengan sistem kewangan sedia ada” yang sepatutnya digantikan oleh sistem matawang kripto.
Seterusnya, Palmer juga mengkritik cara bagaimana kripto dikongsi dan dipasarkan. Dia mendakwa bahawa industri mata wang kripto memanfaatkan rangkaian hubungan perniagaan dengan media, ‘membeli’ pempengaruh dan membayar saluran media untuk tujuan promosi.
Katanya, media digunakan untuk menjual budaya atau cult ”jadi kaya dengan cepat melalui cara ini” untuk menyedut duit daripada golongan yang terdesak dan naif.
Palmer bagaimanapun mengakui “eksploitasi kewangan” ini telah wujud sebelum mata wang kripto diperkenalkan lagi, dan pada masa yang sama turut percaya industri kripto akan menyebabkan pedagang kripto tahap sederhana merasa ‘sakit’.
After years of studying it, I believe that cryptocurrency is an inherently right-wing, hyper-capitalistic technology built primarily to amplify the wealth of its proponents through a combination of tax avoidance, diminished regulatory oversight and artificially enforced scarcity.
— Jackson Palmer (@ummjackson) July 14, 2021
Tambahan lagi, pengasas matawang kripto ini juga percaya bahawa industri ini terdedah dengan penipuan, sama seperti kritikan yang dilontarkan oleh pengkritik mata wang kripto sebelum ini.
Bagi Markus pula, dia mengakui bahawa kritikan dan pendedahan yang dibuat oleh Palmer secara umumnya adalah tepat.
“Terdapat banyak individu hebat yang terlibat dalam bisnes kripto dan saya faham mengapa dia akan berpendapat begitu.
“Saya memahami perspektifnya dan kami berdua melihat banyak sisi negatif daripada bisnes ini,” kata Markus.
Pengasas bersama Dodgecoin ini juga turut aktif di media sosial dan membuat perkongsian mengenai mata wang kripto selepas tidak lagi bersama Dodgecoin.
“Komuniti kripto boleh menjadi agak elitis dan tidak begitu inklusif, dan kami pula sebenarnya mahu menjadikan komuniti kripto lebih menyeronokkan, santai dan inklusif.
“Ia berjaya, dan itulah sebabnya komuniti Dogecoin secara konsisten mengekalkan mengekalkan kehadiran mereka,” tambah Markus.
Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan pendapat yang ketara dalam kalangan komuniti pedagang kripto.
Sebagai contoh, Bitcoin yang menjadi mata wang kripto terbesar mengikut nilai pasaran diakui telah mencipta sistem yang terbaik bagi pembelinya.
Dilaporkan, Bitcoin menggunakan sistem kewangan yang terdesentralisasi (peer-to-peer) yang membolehkan pemegangnya dilindung inflasi.
I am often asked if I will “return to cryptocurrency” or begin regularly sharing my thoughts on the topic again. My answer is a wholehearted “no”, but to avoid repeating myself I figure it might be worthwhile briefly explaining why here…
— Jackson Palmer (@ummjackson) July 14, 2021
BACA: Tak Mampu Upah Tukang, Ustazah Nekad Ikat Bata & Bancuh Simen Bina Sendiri Rumah
Sumber : CNBC