Tak Mampu Upah Tukang, Ustazah Nekad Ikat Bata & Bancuh Simen Bina Sendiri Rumah
Kerja-kerja buruh di tapak pembinaan dan bertukang sering kali dikaitkan dengan pekerjaan yang diceburi oleh golongan lelaki.
Namun, baru-baru ini tular di platform aplikasi TikTok menunjukkan seorang wanita yang giat bertukang dan mengikat bata, untuk membina rumahnya sendiri. Auni Hazwani Faizun, 30 tahun merupakan seorang ustazah yang gemar melakukan aktiviti lasak dan mempunyai minat yang sangat mendalam dalam dunia pertukangan.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikToknya, wanita berkelulusan diploma dakwah dan pengurusan ini berkongsi kemahirannya untuk mengikat bata, membancuh simen dan pelbagai lagi teknik-teknik membina rumah yang sempurna.
@wanifaizun PART 1 : Dinding Dapur ✅ #diy #smallhouse #rumah #rumahkoi21 #fyp #fypシ #fypage
Menurutnya, dek kerana tidak mampu untuk membayar upah tukang bina, dia kemudian tekad untuk menyiapkan sendiri rumahnya secara perlahan-perlahan. Katanya, dia mengambil masa selama tiga hari untuk menaikkan semua bata bagi menyiapkan dinding dapur.
“Alhamdulillah, 3 hari settle dinding dapur. Pagi, petang, malam bancuh simen, ikat bata.”
Selain itu, kebolehannya mengikat bata dengan kemas dan teratur seakan pekerja profesional juga telah menarik perhatian warga TikTok kerana perkara tersebut sukar untuk dilakukan.
@wanifaizun Replying to @nafi_nice31 tak puas hati video bisu..tak kira nak up jugak kli ke 2..bg dgr original sound jela bunyi mesin 😂
Perkongsian tersebut nyata menarik minat para pengikutnya apabila memintanya untuk berkongsi cara-cara membuat acuan simen kayu yang digunakan di dalam video tersebut.
Kemahiran pertukangan kayu yang cekap membuatkan ramai orang terpegun dengan ketangkasannya menggunakan alatan pertukangan yang canggih.
Berbekalkan alatan yang lengkap yang dikumpul sejak 7 tahun lepas, kini dia mampu memiliki bengkel mini yang memudahkan kerja-kerja kayu dan pembinaan dilakukan.
@wanifaizun Replying to @Ahnaf Nazih lanje sikit ye 😂 selebihnya ada kt youtube wanifaizun..kt profile ada, klik je 😁
Difahamkan, ustazah ini juga menjalankan perniagaan sampingan dengan menjual hasil kerja kayu menerusi media sosialnya.
Menerusi video yang dikongsikan, terdapat pelbagai reaksi dan komen yang diberikan oleh pengguna TikTok.
Rata-rata menyatakan bahawa mereka kagum dengan kebolehan luar biasa yang dimilikinya dan mendapat pujian kerana hasil kerja yang kemas.
BACA: Air Semakin Surut, Masjid ‘Misteri’ Berusia 120 Tahun Muncul Semula Lepas Tiga Dekad Tenggelam
BACA: “Ini Bukan Makanan Ye, Ini Najis Manusia”, Rapid KL Rayu Penumpang Tolong Jaga Kebersihan
Sumber : Wanifaizun via TikTok