Siakap Keli
Bangkai Sotong Gergasi Dari Laut Dalam
Gambar : Facebook

Pelancong Terkejut Temui Bangkai Sotong Gergasi Dari Laut Dalam Terdampar Di Pantai

Pelancong Terkejut Temui Bangkai Sotong Gergasi Dari Laut Dalam Terdampar Di Pantai

NEW ZEALAND – Sekumpulan pelancong terkejut sebaik menjumpai bangkai seekor sotong gergasi laut dalam dengan 13 kaki panjang terdampar di Pantai New Zealand, pada Jumaat.

Anton Donaldson, pemandu pelancong bagi kumpulan tersebut telah memuat naik gambar bangkai sotong gergasi itu di laman Facebooknya dan menyatakan bahawa peluang itu hanya sekali seumur hidup.

Gambar : Facebook

“Penumpang kami bertuah kerana menikmati peluang sekali dalam seumur hidup untuk menyaksikan salah satu makhluk sebenar laut dalam.”

“Sotong Gergasi Cephalopod mempunyai tiga hati, mata terbesar antara haiwan dan paruh seperti burung kakak tua yang direka untuk mengoyak daging. Sotong ini ditemui pada hari Jumaat,” tambahnya.

Menurut Newsweek, Donaldson menyatakan bahawa sotong itu berukuran hampir 13 kaki.

Gambar : Facebook

“Sesungut di atasnya telah dimakan oleh haiwan lain seperti ikan jerung kecil,” katanya.

“Ia adalah sesuatu yang agak berbeza dan satu perkara yang istimewa untuk dilihat. Namun pada masa yang sama, terdapat sedikit kesedihan melihat keadaannya.”

“Makhluk laut besar yang hidup di dasar lautan namun malangnya ia terdampar di pantai dalam keadaan tidak bernyawa lagi,” tambahnya.

Difahamkan bahawa, sotong gergasi ialah moluska kedua terbesar dan boleh membesar sehingga 43 kaki panjang.

Selain itu, ia juga memiliki mata terbesar antara haiwan dengan diameter 10 inci dan dipercayai menjadi mangsa kepada spesies paus dan sotong gergasi lain.

Menerusi gambar yang dikongsikan, terdapat pelbagai reaksi dan komen yang diberikan oleh pengguna Facebook.

“Besarnya sotong itu,” tulis seorang netizen.

“Saya macam boleh hidu bau dia! Haiwan yang sangat mengagumkan!,” tulis seorang lagi.

Sumber : ndtv.com

Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang

Anis Annisa