Siakap Keli
Jumlah Emas
Gambar via Bank of England

Ada 400,000 Jongkong Bernilai Lebih RM 1 Trilion, Kenali Bank of England, Penyimpan Emas Ke-2 Terbesar Dunia

Ada 400,000 Jongkong Bernilai Lebih RM 1 Trilion, Kenali Bank of England, Penyimpan Emas Ke-2 Terbesar Dunia

Emas merupakan salah satu hasil bumi yang mempunyai nilai yang sangat besar. Hingga kini, ramai orang memilih emas sebagai salah satu bentuk simpanan kekayaan mereka dan tidak terkecuali rakyat di Malaysia. Selain sebagai aset simpanan, emas juga dijadikan sebagai perhiasan untuk kaum wanita. 

Namun, siapakah yang memegang nilai emas terbesar di dunia? Menurut laman web rasmi Bank of England, di bilik kebal penyimpanan mereka terdapat sekitar 400,000 bar emas bernilai lebih £200 bilion (RM 1.04 trilion). Hal tersebut telah menjadikan Bank of England sebagai penyimpan rizab emas kedua terbesar di dunia (Rizab Persekutuan New York, Amerika Syarikat mendahului dalam senarai). 

Seperti penjelasan video di bawah, peti besi menyediakan simpanan untuk rizab emas negara dan untuk bank pusat luar negara. Boleh tonton video yang kami sertakan di bawah. 

Boleh ke dapatkan emas dari Bank of England? 

Pada masa dahulu, emas di Bank of England boleh ditukarkan dengan wang kertas bersama nilai yang setara telah ditetapkan. Namun, ia telah dimansuhkan pada awal tahun 1930. Walau bagaimanapun, mereka masih boleh memegang jongkong emas sebenar di Muzium Bank of England. 

Siapa pemilik emas-emas tersebut?

Walaupun menyimpan sekitar 400,000 jongkong emas, bagaimanapun hanya 2 jongkong sahaja menjadi milik Bank of England. Kedua-duanya adalah jongkong emas yang dipamerkan di musiumnya.

Manakala, selebihnya adalah rizab emas milik Her Majesty Treausary, bank-bank pusat negara lain dan juga milik firma-firma kormesial.

Setakat 2014, sebanyak 74 bank pusat di seluruh dunia menyimpan emas masing-masing dengan Bank of England.

Negara-negara tersebut dipercayai antaranya adalah Jerman, Austria, Switzerland dan Belgium.

Adakah emas di Bank of England pernah dicuri?

Memetik Bank of England, tidak ada emas dilaporkan pernah dicuri. Walau bagaimanapun, ada kisah yang menarik pernah berlaku pada zaman Victoria melibatkan bank tersebut.

Pada tahun 1936, ahli lembaga Pengarah Bank of England telah menerima surat tanpa nama dan pengirimnya mendakwa mempunyai akses kepada emas-emas di bilik peti besi tersebut. Menerusi surat itu, individu itu menawarkan untuk bertemu mereka di peti besi emas pada jam yang ditentukan sendiri oleh pihak Bank of England. 

Ahli lembaga Pengarah bersetuju untuk berkumpul dan bertemu dengan individu misteri tersebut di bilik kebal. Ketika mereka berkumpul, kedengaran bunyi bising dari bawah lantai bilik dan muncul seorang lelaki. Dia merupakan seorang pembentung yang melakukan kerja baik pulih.

Gambar via Bank of England

Difahamkan, semasa sedang melakukan kerja-kerja pembaikan, dia telah menemukan satu longkang lama yang mengalir terus di bawah bilik peti besi emas.  Walaupun begitu, dia mengaku bahawa dia tidak mengambil satu pun jongkong emas. Disebabkan sikap jujur lelaki itu, Bank of England telah menghadiahkan sejumlah wang bernilai RM3621. 

BACA: Harga Beras Global Dari Thailand, Vietnam & Myanmar Dijangka Meningkat

Sumber: Bank of England

Faiz Mustafa