Siakap Keli
harga beras thailand
Gambar: Allrecepies

Harga Beras Global Dari Thailand, Vietnam & Myanmar Dijangka Meningkat

Harga Beras Global Dari Thailand, Vietnam & Myanmar Dijangka Meningkat

Keputusan India untuk menyekat eksport beras dijangka akan menaikkan harga beras di pasaran dunia dan mencetuskan rali persaingan dalam pasaran gandum dan jagung.

Memetik Pattaya Mail, pakar analisis berkata harga beras yang dikeluarkan oleh pembekal utama iaitu India, Thailand, Vietnam dan Myanmar dijangka akan meningkat. Pada waktu yang sama, hal tersebut akan menjejaskan import makanan lain yang terlebih dahulu meningkat berpunca dari kesan cuaca buruk dan konflik antara Rusia dan Ukraine. 

Pada Khamis, 8 September 2022, India telah menyekat eksport beras dan telah mengenakan duti 20% ke atas pelbagai gred beras. Sebagai pembekal bijiran terbesar dunia, negara itu cuba menambah bekalan dan mengekalkan harga tempatan selepas berlakunya hujan monsun yang mengganggu proses tanaman. 

Seorang ahli ekonomi perniagaan tani di National Australia Bank, Phin Ziebell berkata, dunia akan menghadapi tekanan yang besar mengenai sumber makanan di banyak negara dan mendakwa asas global meningkat lebih tinggi di seluruh kompleks bijirin. 

Difahamkan, harga gandun di Chicago dilaporkan meningkat pada hari Jumaat minggu lalu dan bersedia untuk menghadapi kenaikan harga selama tiga minggu berturut-turut berikutan pengumuman India tentang sekatan yang dilakukan oleh Rusia terhadap penghantaran bijirin kepada Ukraine. 

Menurut Pattaya Mail, India telah menyumbang lebih daripada 40% penghantaran beras secara global dan bersaing dengan Thailand, Vietnam, Pakistan dan Myanmar dalam pasaran dunia. 

Salah seorang pengedar yang berpangkalan di Singapura berkata, harga beras di Myanmar sepatutnya naik sebanyak RM226.35 bagi setiap satu tan manakala pembekal di Thailand dan Vietnam akan meletakkan harga yang lebih tinggi. 

BACA: Tular Rakaman Dipercayai Ejen Kosmetik Didakwa Dilarikan Tiga Lelaki

Sumber: Pattaya Mail, Bangkok Post

Faiz Mustafa