Siakap Keli
Kes Peniaga Kosmetik Yang Diculik

Tular Rakaman Dipercayai Ejen Kosmetik Didakwa Dilarikan Tiga Lelaki

Seorang wanita dipercayai ejen produk kosmetik didakwa telah dilarikan oleh sekumpulan lelaki di rumahnya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Kelantan pada Selasa, 13 September 2022.

Menurut laporan Kosmo, mangsa yang berusia 36 tahun itu didakwa dilarikan oleh tiga individu lelaki yang tidak dikenali pada jam 4.10 petang dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Vios semalam.

Dalam pada itu, hari ini turut tular video didakwa melibatkan kejadian melarikan mangsa itu.

Menerusi video yang tular tersebut, kelihatan tiga suspek lelaki menghampiri pintu masuk rumah mangsa sebelum mengetuk dan memberi salam. Mangsa dilihat membuka pintu lalu ditarik oleh suspek tersebut masuk ke dalam sebuah kenderaan.

Berita lanjut menyusul.

 

Sumber: Kosmo

 

Faiz Mustafa