Siakap Keli
Gambar: Google

Lelaki Penggal Kepala, Masak Kucing Bunting Ditahan Polis

Lelaki Penggal Kepala, Masak Kucing Bunting Ditahan Polis

INDONESIA – Sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki membunuh kucing hamil untuk di makan telah tular di media sosial.

Menurut Tribunnews.com, lelaki yang memuat naik video tersebut merupakan seorang pelajar berusia 26 tahun yang berasal dari Kabupaten Bengkulu Utara.

Difahamkan, suspek telah memuat naik video membunuh dan memasak kucing bunting untuk dimakan di akaun Facebook dan Instagram peribadinya.

Dalam video tersebut, seekor kucing putih bercorak hitam dan coklat dilihat telah dipotong di bahagian kepalanya.

Suspek seterusnya bertindak mengeluarkan janin dalam kandungan kucing tersebut dan memotong tubuh kucing menjadi beberapa bahagian untuk dimasak.

Suspek dilaporkan merebus dan menggoreng daging kucing tersebut untuk dimakan.

Dilaporkan, sehingga Selasa (13/9/2022), video tersebut sudah ditonton ribuan pengguna media sosial sehingga mendapat kecaman ramai terutama dari kalangan pencinta kucing.

Sementara itu, orang awam telah melaporkan kejadian tersebut kepada Polis Bengkulu Utara kerana disyaki melakukan penderaan haiwan.

Ketua Polis Daerah Bengkulu Utara AKBP Andy Pramudya Wardana mengesahkan laporan telah dibuat terhadap suspek sebelum berjaya ditahan.

Gambar : Tribunnews

Pegawai polis telah berjaya menahan dan mengawal suspek selepas videonya tular dan menimbulkan kemarahan netizen.

“Status pelaku sudah ditetapkan sebagai suspek,” kata Andy dipetik daripada sidang media, petang Selasa.

 

Menurutnya, suspek bakal didakwa dibawah Pasal 302 ayat 2 KUHP dengan hukuman jenayah maksimum 9 bulan.

Sementara itu, polis juga telah mendapatkan beberapa bukti seperti gayung merah, periuk, pisau pemotong, kuali dan gunting.

Andy juga menjelaskan kronologi kejadian tersebut yang berlaku pada Ahad 11 September 2022 pada jam 1.00 petang.

“Seekor kucing putih berbelang hitam dan coklat melompat ke atas badan suspek semasa dia sedang berada di dalam bilik.”

“Kemudian suspek menangkap kucing tersebut dan membawanya ke bilik air. Suspek bertindak mengelar leher kucing itu menggunakan pisau pemotong,” jelasnya.

Selepas itu, suspek merakam perbuatannya dan memuat naik video di media sosialnya.

Menurut Andy, suspek sengaja merakam tindakannya dan memuat naik video tersebut ke akaun media sosial peribadinya namun suspek mengatakan bahawa tindakan itu dilakukan kerana lapar dan terpaksa.

Tambah Andy, pihaknya mempunyai petunjuk bahawa suspek adalah penghidap gangguan mental (ODGJ).

Justeru, polis akan bekerjasama dengan doktor serta keluarga suspek untuk menjalankan pemerhatian.

“Pemerhatian selama 14 hari bersama doktor akan dijalankan untuk menilai gangguan mental suspek. Kemudian, kami akan mengesahkan keadaan mental suspek,” tambah Andy.

Selain itu, pihak polis juga akan menjalankan ujian air kencing ke atas suspek untuk memastikan dia tidak mengambil dadah terlarang seperti methamphetamine.

Sumber : Tribunnews.com

Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang

Anis Annisa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.