Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

‘Badan membengkak’ di sana-sini, sepasang suami isteri berkongsi rasa terkejut apabila doktor sahkan bayi mereka menghidap penyakit sindrom nefrotik atau buah pinggang bocor, lapor Kosmo!.
Berasa terkedu dengan berita itu, Noor Athirah Abdullah, 23, berkata, keadaan anaknya yang dilihat membengkak itu membuatkan dia dan suaminya terfikir bahawa ia mungkin angkara semut.
Melihat keadaan itu, mereka segera membawa Muhammad Aqil Iskandar ke Hospital Tuanku Ja’far, Seremban untuk mendapatkan rawatan lanjut, namun segalanya terjawab di sana.
“Selepas seminggu dirawat, doktor mengesahkan protein dalam air kencing atau buah pinggang bocor.
“Sejak itu Muhammad Aqil Iskandar perlu bergantung kepada prednisolone memandangkan tiada rawatan lain yang boleh dilakukan kerana dia masih kecil,” katanya memetik Kosmo!.
Menurut doktor, Muhammad Aqil yang baru berusia 18 bulan itu disahkan menghidap penyakit buah pinggang bocor selepas mata, buah zakar dan perutnya membengkak dan perlu bergantung kepada ubat prednisolone.
Kata Noor Athirah, bagi mempercepatkan proses penyembuhan, pelbagai rawatan alternatif lain turut dicuba sebagai ikhtiar untuk memastikan anak bongsu dari tiga beradik tersebut kembali sihat.
Ujarnya, dia memanjatkan rasa syukur apabila Muhammad Aqil menunjukkan sedikit perubahan selepas mendapatkan rawatan alternatif.
Dia berkata anak bongsunya itu menunjukkan perubahan positif selepas dapat membuang air kencing secara lawas dan tidak perlu mengambil ubat lawas kencing secara kerap.
“Kos rawatan alternatif itu agak mahal antara RM400 ke RM500 untuk satu sesi,” ujarnya.

Ekoran anaknya memerlukan perhatian penuh, Noor Athirah dan suaminya terpaksa berhenti kerja kerana tidak dapat memberikan komitmen penuh terhadap tugasan masing-masing.
“Sekarang saya hanya duduk di rumah untuk memberi sepenuh perhatian kepada Muhammad Aqil selain mengambil tempahan membuat kuih.
“Manakala suami bekerja sebagai penghantar barang,” katanya lagi.
Sehubungan itu, menurut Noor Athirah, perbelanjaan bulanan perlu dihadkan kerana perlu memberi keutamaan kepada keperluan anak-anaknya.
“Dari segi kewangan memang sekarang kena utamakan apa yang perlu terutama keperluan anak-anak seperti lampin, susu dan barang makanan,” katanya memetik Kosmo!.
Noor Athirah meluahkan kisah anak mereka sedemikian ketika ditemui pemberita Kosmo! di Garden Avenue di Seremban 2 baru-baru ini.
Dalam pada itu, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Noor Athirah di talian 018-955 3236.
Manakala sebarang sumbangan ihsan berbentuk wang boleh disalurkan terus kepadanya menerusi nombor akaun bank CIMB 7073181380 (Noor Athirah).
Sumber: Kosmo!