Gemar Makan Daun Hijau Ketika Mengandung, Ibu Bapa Teruja Bayi 2 Tahun Miliki Pelbagai Kebolehan
Sepasang suami isteri berasa bersyukur apabila bayinya yang baru berusia 2 tahun difahamkan berkebolehan untuk membaca, mengira dan mengetahui planet.
Ibu bapa bayi tersebut yang berasal dari Filipina dan kini bekerja di Abu Dhabi, teruja apabila mengetahui pelbagai kebolehan anak mereka yang baru berusia 2 tahun itu.
Dilaporkan, Drei yang dilahirkan pada Januari 2020 boleh menyebut fonik setiap huruf abjad, mengira hingga sepuluh dalam bahasa Sepanyol dan mengira sehingga 50 dalam bahasa Inggeris.
Selain itu, dia juga dilaporkan tahu hari dalam seminggu, bulan dalam setahun, planet-planet Sistem Suria dan mengetahui perbezaan antara “dalam (in), pada (on) dan pada (at)’.
Difahamkan, semasa Drei berusia satu tahun, dia telah berjaya menghafal nama haiwan, warna dan bentuk yang berbeza.
“Dia suka matematik, muzik dan membaca. Tambahan lagi dia boleh menyanyi keseluruhan lagu,” kata ibu Drei, Pinpin.
Tambah mereka, Drei mudah menghafal dan sangat fokus semasa pembelajaran.
Selain itu, bayi tersebut gemar menonton rancangan pendidikan dalam talian berbanding kartun.
“Dia sangat minat buku, bukan pada mainan. Pada usia 1 tahun 7 bulan, dia sudah boleh mengira,” kata ayahnya, Pallen.
Ibunya yang bekerja sebagai jururawat di Abu Dhabi berkongsi dengan The Filipino Times bahawa pada mulanya dia bimbang kerana Drei kelihatan diam dan sibuk dengan perkara lain.
“Sebenarnya saya seorang jururawat. Jadi saya perasan Drei terlalu fokus pada perkara lain. Sebagai seorang ibu, saya sangat gementar kerana saya banyak membaca tentang autisme.”
“Jadi, saya membuat keputusan untuk cuba hantar dia ke sekolah,” kata Pinpin.
Bagaimanapun, Drei sering sakit sehingga dia tidak dapat meneruskan persekolahan.
“Dia mula bersekolah pada Ogos 2021 lalu. Tetapi mungkin kerana dia tidak selalu keluar, sistem imunnya lemah. Jadi dia sering mengalami selesema.”
“Dia bersekolah selama 3 bulan, tetapi hanya hadir selama 45 hari sahaja,” kata Pinpin.
Walaupun tidak dapat kembali ke sekolah, Drei masih menunjukkan semangat untuk belajar.
“Anda akan melihat bahawa dia sangat suka membaca buku. Tidak kira ke mana dia pergi, walaupun ketika kami bercuti di Filipina,” kata Pinpin.
“Pada suatu hari, dia cuba mengeja perkataan yang tertera di baju kami,” kongsi ibu bapa Drei.
Difahamkan, mereka berasa bertuah apabila mengetahui anak mereka belajar dengan cepat dan lebih awal berbanding kanak-kanak lain.
“Diberkati! Bersyukur sangat kepada Tuhan. Hadiah yang sangat tidak ternilai buat kami.”
“Ia menjadikan kami lebih bermotivasi untuk berkembang sebagai pasangan untuk menyediakan lebih daripada yang dia perlukan dan menyediakan jalan untuknya, apa sahaja jalan yang dia pilih,” kata Pallan.
Apabila TFT bertanya apakah rahsia keupayaan pembelajaran Drei, ayahnya menjawab ibunya makan sayur berdaun hijau semasa mengandungkan Drei.
“Saya rasa ia lebih kepada cara ibu dan neneknya menjaganya. Sejak mengandung, ibunya memang tidak makan makanan ringan dan makanan berproses,” kata Pallan.
Selain itu, mereka juga menyarankan ibu bapa lain untuk cuba lakukan rutin tidur dan bangun yang boleh diikuti oleh kanak-kanak dengan mudah.
Tambahan lagi, pastikan kanak-kanak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam setiap hidangan mereka.
Sumber : TheFilipinoTimes
Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang