Siakap Keli
Gambar: Twitter

“Mulanya Sangka Ia Bunga Api,” Tular Objek Dipercayai Meteor Lintasi Langit Scotland & Ireland 

“Mulanya Sangka Ia Bunga Api,” Tular Objek Dipercayai Meteor Lintasi Langit Scotland & Ireland 

Rangkaian Meteor United Kingdom (UK) memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima laporan mengenai sebuah meteor yang didakwa melintasi ruangan langit di Scotland dan Ireland Utara semalam, lapor Metro UK.

Difahamkan, kejadian itu dikesan berlaku kira-kira pada jam 9 malam waktu tempatan.

Menurut pusat rangkaian itu lagi, pihaknya kini sedang menyiasat mengenai kejadian itu sama ada ia sebuah objek meteor atau serpihan angkasa.

Kejadian itu telah meraih perhatian ramai di media sosial yang memuat naik saat-saat meteor itu melintasi di ruangan langit dengan lebih 200 laporan mengenainya telah direkodkan setakat ini.

Sementara itu, seorang saksi yang sedang berjalan bersama anjingnya berkata dia melihat detik-detik objek berkenaan di sebelah barat Paisley dan Glasgow.

“Saya sedang berjalan bersama anjing sebelum itu, pada jam 10 malam saya melihat meteor itu di langit dan merakamnya melalui telefon.

“Pada mulanya, saya sangka bahawa ia adalah bunga api ekoran banyak perlawanan bola sepak di Scotland namun saya sedar ia bukanlah bunga api,” katanya kepada agensi berita PA.

Dalam pada itu, ada juga sesetengah penduduk yang mendakwa bahawa terdengar bunyi dentuman yang kuat memasuki atmosfera bumi ketika kejadian itu berlaku, lapor Daily Mail.

Beberapa saksi yang lain pula mendakwa ‘objek’ tersebut telah terhempas di utara Glasgow walaupun tiada bukti yang jelas mengenainya.

Tular Serpihan Roket China Seperti Meteor Di Langit Sarawak Awal Pagi Tadi

meteor melintasi ruangan udara

Terdahulu dalam satu laporan SK, tular kelibat beberapa serpihan dipercayai roket China yang jatuh ke Bumi melalui ruangan udara Negeri Sarawak sekitar jam 12.50 tengah malam dua bulan lalu.

Menurut laporan tersebut, siaran Youtube The Launch Pad turut melaporkan perkara tersebut secara ‘live’ dan meminta agar penduduk Sarawak yang terjumpa dengan sisa itu untuk menjauhinya demi kesihatan kerana dipercayai terdapat sisa radioaktif.

Menurut Info Sibu lagi, terdapat goresan panjang ‘muncul’ di udara dipercayai sisa wap air yang terbentuk daripada haba panas sisa serpihan tersebut atau dipercayai ia berkecai di situ.

Maklum laporan itu, goresan daripada serpihan roket China berkenaan muncul kira-kira sejam selepas penduduk sekitar Sarawak dilapor terdengar bunyi letupan kuat di udara.

Sumber: Metro UK, Daily Mail

BACA JUGA: Tular Serpihan Roket China Seperti Meteor Di Langit Sarawak Awal Pagi Tadi

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?