Siakap Keli
Raja Charles III Naik Angin
Gambar via Daily Mail

Raja Charles III Naik Angin, Dakwat Pen Bocor Terkena Tangan Ketika Tandatangan

Raja Charles III Naik Angin, Dakwat Pen Bocor Terkena Tangan Ketika Tandatangan

Raja Charles III naik berang gara-gara pen yang digunakan untuk menandatangani sebuah buku bocor beberapa jam selepas beramah mesra dengan penduduk kota Belfast.

Raja Charles yang ketika itu berada di kediaman diraja Istana Hillsborough, Ireland Utara, kelihatan terkebil-kebil apabila dakwat yang menitis ketika dia cuba menandatangani buku kehadiran diraja menjelang akhir lawatannya.

Charles memaklumkan tentang pen yang dia gunakan untuk menandatangani namanya dan berkata ” Beta sangat tidak berkenan dengan perkara sebegini”.

Permaisuri kemudian memaklumkan bahawa ia bocor dan meminta untuk menggantikannya, kerana Raja telah berpusing dan meninggalkan ruangan itu ditemani oleh pembantu.

Pen yang rosak telah ditukar dengan pantas dan digantikan oleh pegawai istana yang bingung sebelum Ratu Camilla duduk dan menandatangani buku itu sendiri menggantikan Raja di kediaman bersejarah tersebut.

Kredit Reuters

Kejadian itu berlaku selepas beberapa hari penonton melihat upacara bersejarah Raja Charles dikurniakan takhta. Di mana Raja Charles tiba-tiba memberi isyarat dengan marah kepada salah seorang pembantunya untuk menggantikan pen yang bocor itu.

Video rakaman daripada kejadian itu menunjukkan Raja Charles bertanyakan tarikh ketika baginda sedang bersiap menurunkan tandatangan di buku pelawat di hadapan kamera.

Beliau dengan marah telah berkata ‘Tuhan, saya benci pen ini’ sambil menyerahkannya kepada Permaisuri. Beliau juga berkata bahawa dia tidak boleh tahan dengan perkara itu.

Raja Charles III melawat Ireland Utara dalam lawatan terbarunya di United Kingdom selepas kematian ibunya Ratu Elizabeth II.

Charles menikmati lawatan pertama yang penuh emosi ke Ireland Utara sebagai raja baharu selepas baginda dan Ratu Camilla berpeluang memeriksa persembahan bunga yang luar biasa dan disambut dengan sorakan rakyat Belfast yang menyambut kedaulatan baharu mereka dengan hati terbuka.

Sumber: Daily Mail 

Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka