Siakap Keli
Gambar: Bateriku.com

Hormat Kemangkatan Ratu Elizabeth, Negeri Sembilan Kibar Bendera Separuh Tiang Isnin Ini

SEREMBAN, 16 Sept (Bernama) — Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan supaya bendera negeri dikibarkan separuh tiang pada Isnin ini bagi menzahirkan penghormatan atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Dr Razali Ab Malik berkata titah tersebut juga sebagai tanda menghormati kemangkatan Ratu Elizabeth II di Istana Balmoral, Scotland selepas 70 tahun menduduki takhta yang merupakan monarki paling lama bertakhta dalam sejarah Britain.

“Tuanku Muhriz berkenan agar bendera Negeri Sembilan dikibarkan separuh tiang pada Isnin, 19 Sept bagi menzahirkan penghormatan baginda kepada Ratu Elizabeth II yang mangkat pada 8 Sept lepas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan negeri menjunjung titah dan mengarahkan semua jabatan dan agensi di negeri ini supaya mengibarkan bendera Negeri Sembilan separuh tiang.

— BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.