Siakap Keli
Mat Kilau mula ditayangkan di netflix
Gambar: Netflix

Mat Kilau Mula Ditayangkan Di Netflix Bermula Hari Ini

Mat Kilau mula ditayangkan di Netflix bermula hari ini

Bersempena dengan hari Malaysia, Mat Kilau telah mula ditayangkan di penstriman Netflix pada hari ini bersamaan dengan 16 September.

 

Orang ramai yang terlepas peluang boleh menonton filem Kebangkitan Pahlawan ini bersama keluarga hanya dari rumah anda sendiri dengan melanggan Netflix.

 

Filem arahan Syamsul Yusof ini mula ditayangkan di panggung wayang pada 23 Jun lalu telah mendapat sambutan yang hangat daripada penonton. Filem ini juga telah mendapat kutipan sebanyak RM 80 juta dalam tempoh kurang daripada sebulan.

Semoga dengan penayangan filem Mat Kilau ini di Netflix dapat memberi peluang penonton di luar negara menonton kehebatan filem sejarah dari Malaysia ini.

Sumber: Netflix

Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka