Siakap Keli

Argentina Naikkan Kadar Faedah 550 Mata Asas Kepada 75%, Antara Tertinggi Di Dunia

Argentina Naikkan Kadar Faedah 550 Mata Asas Kepada 75%, Antara Tertinggi Di Dunia

Bank Pusat Argentina menaikkan penanda aras kadar faedah sebanyak 550 mata asas kepada 75 peratus pada Khamis, iaitu sehari selepas ramalan menunjukkan inflasi tahunan negara itu boleh melonjak kepada 80 peratus.

Tindakan berkenaan diambil bagi mengekang kenaikkan harga barang di negara itu yang ketika ini menyebabkan penduduknya berdepan denga kesukaran untuk berbelanja dan juga memulihkan imej kerajaan, menurut CNBC.

The Brazilian Report melaporkan kenaikkan tersebut meningkat sejak Argentina melantik Menteri Kewangan yang baharu, Sergio Massa. Beliau telah menaikkan mata asas sebanyak tiga kali dalam tempoh enam minggu berjumlah sebanyak 2,300 mata asas.

Selain itu, kenaikkan itu juga bersesuaian dengan persefahaman yang dibuat antara negara itu dengan Tabung Kewangan Antarabangsa berhubung pembayaran pinjaman berjumlah RM 199 bilion.

Sebelum ini beberapa pemerhati kewangan global meramal kenaikkan tersebut susulan kadar inflasi negara itu yang meningkat naik.

Sumber: CNBC

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.