Raja Charles III Pecat 100 Pekerja Yang Pernah Berkhidmat Di Clarence House
Kira-kira 100 kakitangan yang berkhidmat di Clarence House, kediaman Raja Charles III dilaporkan bakal diberhentikan tidak lama lagi ketika majlis upacara ‘selamat tinggal’ kepada mendiang Ratu Elizabeth II, lapor Marca.
Difahamkan, mereka telah menerima surat pemakluman awal bahawa perkhidmatan mereka tidak akan lagi diperlukan.
Menurut The Guardian, mereka tetap akan dibantu dalam urusan pencarian pekerjaan baru menerusi beberapa sektor termasuk setiausaha, pegawai kewangan, komunikasi dan pembantu rumah.
Difahamkan, sebahagian dari mereka telah berkhidmat berdekad-dekad lamanya dan menerima perkhabaran tersebut semasa majlis penghormatan Ratu di Katedral St Giles di Edinburg pada Isnin lalu.
“Semua orang marah termasuk setiausaha sulit dan pasukan komando. Semua orang bekerja keras dan akhirnya menerima berita yang tidak diingini. Semua orang sangat kecewa,” jelas sumber yang mahu identiti dirahsiakan kepada Guardian.
Dalam surat yang boleh diakses oleh akhbar itu, ketua penasihat Charles III, Clive Alderton berkata kepada semua kakitangan bahawa perubahan dari pihak atasan juga adalah bermakna perubahan untuk kakitangan di jabatan kediaman juga akan dilaksanakan.
“Portfolio kerja yang sebelum ini menyokong kepentingan peribadi Prince of Wales serta semua aktiviti domestik dan operasi tidak akan diteruskan dan Clarence House akan ditutup.
“Oleh itu, semua jawatan terutamanya di Clarence House dijangka tidak lagi diperlukan dan akan diberhentikan,” jelasnya.
Mengakui bahawa perkara tersebut mengganggu dan menjejaskan kehidupan mereka yang terlibat, Alderton memaklumkan bahawa mereka akan membantu mereka dalam proses mencari pekerjaan lain dan akan diberikan pampasan yang lumayan.
BACA: Polis Siasat Insiden Penunggang Motosikal Memarahi Pemandu Kereta Di Lorong Kecemasan
Sumber: Marca
Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang