Siakap Keli
Gambar : Thaiger

Remaja Nyaris Kena Potong Tangan, Gara-gara Dipatuk Ular Kapak

Remaja Nyaris Kena Potong Tangan, Gara-gara Dipatuk Ular Kapak

Seorang remaja perempuan baru-baru ini mendedahkan dia hampir kehilangan tangannya selepas dipatuk ular kapak di wilayah Isaan, Thailand.

Dilaporkan, mangsa menerima 90 jahitan dan memerlukan rawatan lanjut selama setahun lima bulan.

Gadis berusia 19 tahun itu memuat naik video rawatannya selama setahun lima bulan di akaun TikTok miliknya.

“Inilah yang diberikan oleh ular kapak kepada saya. Satu tahun lima bulan rawatan, sembilah puluh jarum dan parut kekal.”

Menurutnya, lengannya akan dipotong jika dia tidak tiba di hospital tepat pada masanya.

Dia menjelaskan bahawa kebanyakan sel kulitnya mati akibat racun ular dan memerlukan pembedahan untuk mengeluarkan sel tersebut.

Video tersebut menunjukkan proses rawatan dan pemulihan tangannya. Dilaporkan, pembedahan pertama dia menerima 30 jahitan, 40 jahitan semasa pembedahan kedua dan 20 jahitan terakhir semasa pembedahan ketiga.

Kini, remaja tersebut telah pulih sepenuhnya dan mampu menggerakkan lengan serta jarinya seperti biasa.

Bagaimanapun, gigitan ular itu telah meninggalkan parut yang besar untuk selama-lamanya. Dia menyatakan bahawa dia sedang berfikir untuk mendapatkan tatu untuk menutupnya.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku pada bulan April tahun lalu semasa dia berenang bersama rakan-rakan di Tasik Huay Nan Prai di Loei dan digigit pada jari tengah tangan kirinya.

Menurut doktor, racun itu merebak hingga ke bahagian dalam menyebabkan beberapa bahagian lengannya perlu dipotong.

Difahamkan, dia berada di hospital selama 12 hari dan perlu meneruskan rawatan penjagaan selepas pembedahan.

Serangan ular kapak merupakan kejadian yang biasa berlaku di Thailand sehingga meragut nyawa. Racunnya masuk ke dalam sistem darah mangsa dengan cepat menyebabkan luka dan badan mangsa membengkak.

Seorang doktor haiwan dari Institut Memorial Queen Saovabha, Taksa Vesarach, mengesyorkan mangsa ular kapar untuk melonggarkan pakaian, tali tinggang dan aksesori kerana badan akan membengkak.

Namun begitu, tourniquet tidak boleh digunakan kerana boleh menyebabkan kecacatan kekal.

Selepas digigit, mangsa perlu membersihkan luka dengan menggunakan air bersih dan berjumpa doktor secepat mungkin.

Sumber : Thaiger

Anis Annisa