Siakap Keli
lagi gempa bumi kuat landa taiwan
Gambar: Google Maps Via Jabatan Meteorologi Malaysia

‘Bergegar’ Sejak Semalam, Lagi Gempa Bumi Kuat Landa Taiwan Sebentar Tadi

‘Bergegar’ Sejak Semalam, Lagi Gempa Bumi Kuat Landa Taiwan Sebentar Tadi

Satu gempa bumi kuat berskala 6.6 magnitud telah direkodkan berlaku di Taiwan pada jam 2.44 petang sebentar tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), pusat gempa itu terletak pada 23.2 darjah dari Utara dan 121.3 arah Timur dengan kedalaman 10 kilometer (km).

Tambahan lagi, gegaran itu terletak 75 kilometer Tenggara dari Chiaya, Taiwan.

Bagaimanapun, tiada sebarang ancaman tsunami dikeluarkan oleh Met Malaysia setakat ini.

Terdahulu, dua gegaran gempa bumi turut dicatatkan di lokasi sama iaitu dengan ukuran 5.4 magnitud pada jam 1.19 petang tadi. Manakala satu lagi gegaran berlaku pada 10.45 malam semalam dengan kekuatan gegaran berukuran 5.1 magnitud.

Bagaimanapun, kedua-dua gegaran itu tidak mendatangkan ancaman tsunami, lapor Met Malaysia lagi.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?