Siakap Keli
ebit lew jumpa punk jakarta
Gambar: FB Ebit Lew

“Kami Dah Tak Solat Langsung..” Ebit Lew Sebak Jumpa Remaja ‘Punk’ Di Jakarta

Badan lengkap bertatu sehingga mata, pendakwah terkenal Ebit Lew meluahkan rasa sebak ketika bertemu dua pemuda ‘beraliran’ punk di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew berkata, pada permulaan pertemuan beliau berasa terkejut ekoran luaran mereka terlihat ganas dan tidak pernah melihat orang yang sedemikian.

“Sebak sayu rasa jumpa dua orang anak punk ini di Jakarta. Tatu penuh sampai mata putih pun bertatu.

“Mula-mula tengok rasa terkejut, nampak ganas je di jalan. Terus ajak berbual-bual dan kongsi nasihat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau sebentar tadi.

Difahamkan, rasa ‘gerun’ itu dipercayai timbul ekoran penampilan pemuda tersebut yang berambut panjang, berbaju gelap, memiliki tatu penuh di tangan hingga ke muka dan aksesori-aksesori lain di tubuh.

Gambar: FB Ebit Lew
Gambar: FB Ebit Lew

Namun sangkaannya meleset apabila beliau diajak meluangkan masa bersama mereka sehingga bertukar-tukar pandangan dan nasihat.

Beliau berkata luaran mereka tidak sama seperti dalaman (hati), di mana mereka tampak ganas di jalanan ekoran badannya bertatu namun dipercayai mempunyai hati yang lembut.

“Tak sangka mereka menangis, mereka hidup di bawah jambatan dan hidup merata,” katanya selepas berjumpa dua remaja antara kumpulan berkenaan.

Selepas mengetahui dua pemuda tersebut hidup ‘merata’ di bumi Indonesia, Ebit Lew memutuskan untuk membawa mereka pulang ke rumah kebajikan yang diusahakannya di Jakarta.

Difahamkan, Ebit Lew telah menyediakan dua buah rumah yang dinamakan sebagai Rumah Kasih Umat untuk anak yatim dan juga golongan asnaf di sana.

Gambar: FB Ebit Lew

Mereka dibawa pulang ke sana dan turut diajak untuk menunaikan solat Zuhur secara berjemaah, namun apa yang menyentuh hati, kesemua mereka didakwa sudah lama tidak mendirikan solat.

“Katanya ‘Terakhir kami solat masa budak-budak dulu. Kami dah tidak solat langsung’. Solat Zohor bersama tadi.

“Inilah solat pertama mereka setelah sekian lama,” kata Ebit Lew lagi.

Dalam detik pertemuan itu juga, mereka turut meluahkan rasa rindu kepada kedua ibu bapa masing-masing dan difahamkan, pemuda itu adalah anak-anak yang baik.

Dalam masa sama, kehadiran mereka ke Rumah Kasih Umat dipercayai bakal menyerikan lagi suasana tarbiah sesama insan dalam usaha dibimbing ke jalan yang benar.

“Mereka cuma anak-anak yang baik. Bertambah keluarga ‘kasih umat’ (rumah) kami di Indonesia.

“Mereka rindu kasih sayang dan rindu pada Allah. InsyaAllah mereka ingin bersama keluar tiga hari di jalan Allah,” tambah Ebit Lew mengakhiri perkongsian itu.

Sebelum ini, Ebit Lew juga pernah berkesempatan turun padang dan bertemu dengan anak-anak punk jalanan di sekitar Jakarta kira-kira lima bulan lalu.

Sumber: Facebook / Ebit Lew

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana