Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anak Pukul, Tetak Leher Mak Sampai Mati Demi RM50,000

Nurhanis
anak tetak mak sampai mati
Gambar: New York Post

Seorang lelaki mengaku bersalah atas pertuduhan menetak dan memukul leher ibunya dengan kejam sehingga mati demi mendapatkan harta pusaka sebanyak RM50,000 dalam kejadian di Manhattan, US, lapor New York Post.

Dalam perbicaraan di Mahkamah Agung Manhattan, tertuduh yang berusia 25 tahun itu mengaku menyebabkan kematian ke atas ibu kandungnya dalam kejadian tersebut yang berlaku pada Januari 2019 lalu.

Imbas kembali, difahamkan kejadian itu berlaku semasa satu pergaduhan tercetus antara mereka sehingga tertuduh sanggup bertindak kejam memukul dan menetak ibunya sehingga mati.

Menurut fakta kes seperti yang dilaporkan, tertuduh mahukan wang berjumlah RM50,000 yang didakwa berada dalam akaun bank mangsa demi mahu mempercepatkan kutipan pusaka bahagiannya.

Selepas kejadian mengerikan itu, tertuduh lantas membersihkan kediamannya dan turut dibantu oleh salah satu teman wanitanya.

Mereka kemudiannya membawa mayat mangsa dengan menggunakan sebuah kereta jenis Toyota Land Cruiser ke rumah keluarga di Morristown, New Jersey.

Kemudian, kedua-dua teman wanita tertuduh saling ‘membantu’ mengangkat mayat mangsa dan membuangnya ke dalam tong sampah di sana.

Hilangkan bahan bukti

Bagi menghilangkan bahan bukti, tertuduh mula mencari peguam dan mengkaji bagaimana cara untuk melupuskan mayat, selain turut menukar kata laluan akaun mangsa.

Dalam masa sama, kehilangan kelibat mangsa berjaya disedari abang tertuduh beberapa hari kemudian sebelum satu laporan dibuat kepada pihak polis.

Bagaimanapun sehari selepas laporan dibuat, polis akhirnya menemukan mayat mangsa yang dipercayai sudah reput di dalam tong sampah (tempat ia dibuang teman wanita tertuduh).

Hasil siasatan pihak polis mendapati, mereka menemukan sarung tangan getah berdarah serta kesan darah di lantai garaj kediaman keluarga tertuduh di New Jersey itu.

Dalam pada itu, pihak polis turut menemukan satu teks mesej dipercayai ditulis oleh tertuduh yang berbunyi, “Saya telah bebas, masalah sudah disingkirkan”.

Menerusi satu kenyataan peguam Alvin Bragg di Manhattan, beliau menerangkan pembunuhan itu merupakan satu tragedi yang kejam, namun pengakuan bersalah itu membuka langkah ke arah keadilan.

“Ini adalah pembunuhan kejam dan mengejutkan ibu defendan sendiri.

“Walaupun tidak ada cara untuk menghalang tragedi ini daripada berlaku, namun pengakuan bersalah ini mewakili satu langkah penting ke arah keadilan,” katanya menerusi kenyataan itu.

Sehubungan itu, tertuduh berhadapan dengan hukuman penjara minimum 18 tahun atau maksimum seumur hidup yang akan diputuskan pada 18 Oktober depan dalam persidangan mahkamah.

Sumber: New York Post