Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

FUCHS adalah pengeluar bebas dalam menghasilkan minyak pelincir yang terbesar di dunia. Dengan pengalaman selama 90 tahun, FUCHS mengukuhkan lagi komitmennya kepada industry automotif tempatan dengan memperkenalkan pembungkusan baharu yang lebih ergonomik untuk rangkaian produk Silkolene.
Dengan memperkenalkan reka bentuk pembungkusan yang baharu ini tampak lebih menonjol dan lebih berani, Silkolene dapat meningkatkan kepelbagaian varian produknya. Pembungkusan ini direka dengan lebih ergonomik supaya pengguna dapat menggunakan produk ini dengan lebih mudah. Ianya menepati frasa produknya iaitu “easy to choose, easy to use and easy for the environment”. Rupa baharu rangkaian produk SILKOLENE ini akan berada di pasaran tempatan secara berperingkat sepanjang tahun 2022 ini.
Sebagai salah satu jenama yang terbesar di Eropah, industri ini juga bertanggungjawab terhadap perkembangan sosial dan menjaga alam sekitar. Syarikat FUCHS telah mendapat satu pencapaian yang membanggakan di dalam sejarahnya pada tahun 2020, dimana syarikat ini memilih untuk menjadi sebuah syarikat pengeluar yang neutral karbon di lebih 60 lokasi di serata dunia- daripada penggunaan tenaganya dalam operasi pengeluaran sehinggalah kepada bahan yang digunakan dalam operasi pentadbirannya.