Siakap Keli
Trak Pikap Bagi Snek & 'Mask' Secara Percuma
Gambar : TheThaiger

Tindakan Kreatif Pemandu Trak Pikap Bagi Snek & ‘Mask’ Secara Percuma Tuai Pujian

Tindakan Kreatif Pemandu Trak Pikap Bagi Snek & ‘Mask’ Secara Percuma Tuai Pujian

THAILAND – Video seorang pemandu meletakkan makanan ringan dan pelitup muka pada kenderaannya untuk diberikan kepada orang awam secara percuma telah tular di media sosial Jumaat lalu.

Difahamkan, video itu dimuat naik di aplikasi TikTok dan tindakan pemilik kenderaan itu mendapat pujian daripada orang ramai yang menyaksikan video tersebut.

Dilaporkan, snek dan pelitup muka yang dilekat pada kereta itu diberikan kepada orang awam secara percuma.

Dalam video itu, dapat dilihat terdapat beberapa jenis makanan ringan dan pelitup muka yang berbeza dilekat pada kenderaan tersebut.

Disamping itu, terdapat papan tanda kertas yang bertulis “Ambil secara percuma.”

Menerusi video tersebut,  kereta itu sedang berhenti di lampu isyarat. Kemudian, terdapat dua orang budak lelaki yang mengambil makanan ringan pada kenderaan tersebut.

Mereka mengucapkan terima kasih kepada pemandu dan segera berlari ke motosikal mereka sebelum lampu bertukar kepada hijau.

Tindakan pemilik kenderaan itu dipuji ramai netizen Thailand kerana kebaikannya memberikan barangan tersebut secara percuma.

Sementara itu, terdapat beberapa komen yang menyeronokkan, seperti “gam mesti sangat kuat untuk menyimpan pek snek pada kereta seperti itu.”

“Ia idea yang bagus! Saya berasa sangat gembira menonton video ini.”

“Tengok budak baju merah tu! Dia berkata terima kasih kepada pemandu!”

“Saya nampak kereta ini hari ini tetapi tidak berani ambil satu ha ha”

 

@wetchayany

น้ำใจดีมากๆ 👍🏻 #เชียงรายดี #สุดยอดไปเลย

♬ 原聲 – 小宇丶 – 小宇丶

Sumber : The Thaiger

Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang

Anis Annisa