Siakap Keli
pandu mengundur rekod dunia
Kredit: Barcroft India

Pandu Secara Mengundur Sejauh 16 KM Bawah 30 Minit, Lelaki Catat Rekod Dunia

Pandu lebih 16 kilometer (km) secara mengundur, seorang lelaki di India mencipta rekod dunia dalam pemanduan undur pada jarak paling jauh untuk masa kurang 30 minit, lapor Oddity Central.

Chandramouli yang mempunyai semangat juang dalam pemanduan berkata dia telah berlatih bersungguh-sungguh untuk mengatasi Tesson Thomas yang sebelum ini memegang rekod juara.

Sejak berumur 10 tahun, Chandramouli minat akan memandu kenderaan dan dia tidak melepaskan peluangnya untuk memasuki acara yang berlangsung di negerinya itu.

Dalam acara yang berlangsung di Edappadi Bypass di Tamil Nadu, Chandramouli berjaya memecahkan rekod memandu secara mengundur sejauh 16 km dan 140 meter (m) dalam tempoh hanya 29 minit dan 10 saat. 

Lelaki berusia 35 tahun itu berkata dia ingin memecahkan rekod dunia kerana mahu golongan muda memahami kepentingan keselamatan semasa pemanduan.

Ujarnya, walaupun pada awalnya mungkin tidak masuk akal namun umum mengetahui betapa rumitnya bagi seseorang untuk memandu secara mengundur walaupun untuk jarak yang pendek.

Gambar hiasan | Kredit: Motor1.com

Tambahnya, dia mengalami sakit leher yang perit sepanjang 29 minit dan 20 saat walaupun hanya berlatih memandu secara mengundur.

Difahamkan, sebelum ini Tesson Thomas yang berusia 22 tahun itu menjadi juara dalam pemanduan secara mengundur yang menempuh jarak 14.2 km selama 30 minit.

Chandramouli turut menasihatkan orang ramai yang ingin mencuba memecahkan rekod ini supaya mengambil semua langkah keselamatan berjaga-jaga.

Selain itu, ia turut termasuk mengelakkan meletak nyawa sendiri dalam bahaya serta nyawa pemandu lain.

Walaupun Chandramouli telah memecahkan rekod memandu secara mengundur dalam masa 30 minit, tetapi rekod jarak jauh pemanduan songsang sudah pernah tercatat pada 1984.

Brian ‘Cub’ Keene dan James ‘Wilbur’ Wright dari Amerika Syarikat (US) memandu kereta jenama Chevrolet sejauh 14,534 km secara mengundur dalam 37 hari melalui 15 negeri di US dan bahagian Kanada.

Sumber: Oddity Central

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana