Siakap Keli
Bank Dunia

Bank Dunia Bagi Amaran Krisis Ekonomi Kritikal Tahun Depan, Ini Lima Persediaan Anda Kena Buat

Bank Dunia Bagi Amaran Krisis Ekonomi Kritikal Tahun Depan, Ini Lima Persediaan Anda Kena Buat

Memandangkan bank-bank pusat di seluruh dunia menaikkan kadar faedah secara serentak sebagai tindak balas kepada inflasi, dunia mungkin semakin menghampiri kemelesetan ekonomi global menjelang tahun 2023.

Difahamkan, ia merupakan rentetan krisis kewangan dalam pasaran baru dan ekonomi membangun akan memberikan kesan negatif yang berpanjangan, menurut kajian baharu yang komprehensif oleh Bank Dunia.

Disebabkan itu, kita perlu melakukan persedian awal untuk menghadapai kegawatan ekonomi yang akan melanda dengan pengrusankan kewangan dan perbelanjaan dengan lebih baik dan teliti. Jika tidak, kita mungkin akan menerima kesan yang agak teruk.

Oleh itu, kami suka kami kongsikan beberapa langkah persedian yang boleh digunakan orang ramai yang dimuat naik oleh @Directlending MY di Twitter untuk menangani krisis kewangan dijangka akan berlaku pada tahun 2023.

Ikuti perkongsian yang telah kami sertakan di bawah dan semoga ia akan memberi manfaat kepada kita semua untuk menangani permasalahan dunia ini.

Bank Dunia bagi amaran financial crisis secara kritikal akan melanda seluruh dunia pada tahun 2023.

Bank Dunia telah pun memberikan amaran krisis kewangan secara kritikal dan akan melanda seluruh dunia pada tahun 2023 termasuk Malaysia. Jadi, apakah persediaan yang perlu dilakukan oleh kita untuk tangani masalah ini? Berikut perkongsian langkah yang boleh digunakan sebagai persediaan. 

1. Tabung kecemasan

Kalau tak mampu untuk enam bulan, kumpul tiga bulan dulu. Kalau gaji RM3,000 sebulan, sekurang-kurangnya perlu ada RM9,000 dalam tabung simpanan kecemasan. Kalau bujang pula dan tidak ada komitmen besar, cuba ‘paksa diri’ simpan 40% hingga 50% daripada gaji. Kalau komitmen banyak 10%-20% pun boleh. 

2. Jana side income

Jika ada kereta boleh buat e-hailing, ada motor boleh jadi rider/food delivery. Nak kerja dari rumah boleh cuba Fiverr, Upwork, Freelancer, Swifty dan lain-lain.

3, Elak berhenti kerja

Kalau nak resign juga pastikan ada sumber pendapatan lain yang stabil. 

4. Elak tambah komitmen baru

Nak beli kereta? Beli kalau betul-betul perlu. Cuba apply loan dengan fix interest rate & beli kereta di bawah kelayakan. Contoh layak kereta RM80K, beli kereta RM50K.

5. Jangan beli barang bukan keperluan

Phone kalau masih ok dan tidak ada masalah atau kerosakan, iPhone 14 tu bukan lagi keperluan. Lupakan niat itu dan lebih baik simpan duit dalam tabung kecemasan. 

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

BACA JUGA: “Jangan Risau Kantoi,” Abang Ni Kongsi ‘Helah’ Nak Ajak Member Pergi Bangkok Secara Percuma

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua lebih berhati-hati dan bijak merancang kewangan masa depan.

Sumber: Direct Lending

Faiz Mustafa