Siakap Keli
setiap empat saat seorang penduduk dunia dilapor maut
Gambar: reciousPhotos/ Deccan Herald

Cetuskan Kebimbangan, Setiap Empat Saat Seorang Penduduk Dunia Dilapor Maut Akibat Kebuluran

Cetuskan Kebimbangan, Setiap Empat Saat Seorang Penduduk Dunia Dilapor Maut Akibat Kebuluran

Lebih 200 Badan Bukan Kerajaan (NGO) menggesa seluruh komuniti antarabangsa untuk mengambil langkah bagi menangani masalah kebuluran ekoran dianggarkan seorang penduduk dunia akan maut akibat masalah itu pada setiap tempoh empat saat, lapor The Daily Star.

Dalam satu surat terbuka yang dicadangkan kepada para pemimpin sewaktu berhimpun di New York bagi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), seramai 238 organisasi dari 75 negara termasuk Oxfam, Save the Children dan Plan International menyatakan kerisauan menggunung terhadap isu tersebut.

“Seramai 345 juta orang kini mengalami kebuluran yang teruk, jumlah itu meningkat dua kali ganda sejak 2019.

“Seperti yang dijanjikan oleh pemimpin dunia untuk membasmi kebuluran pada abad ke-21, namun isu itu tetap berlaku di Somalia. Seramai 50 juta orang berada di ambang kebuluran di 45 negara,” nyata surat berkenaan.

Tambahan lagi, sebanyak 19,700 orang dianggarkan mati akibat kebuluran setiap hari, NGO itu berkata bahawa ia bermakna setiap empat saat seorang akan mati, lapor AFP.

“Dengan semua teknologi dalam sektor pertanian dan teknik penuaian milik kita hari ini masih lagi bercakap mengenai kebuluran pada masa kini.

“Ini bukan soal satu negara atau satu benua kerana kebuluran bukan datang dari satu punca. Ia adalah berkaitan dengan ketidakadilan manusia terhadap hak asasi.

“Kita tidak boleh menunggu lebih lama dalam memberikan bantuan makanan segera bagi menyelamatkan nyawa dan sokongan jangka panjang agar orang ramai lebih bertanggungjawab terhadap masa depan mereka untuk menyara diri serta keluarga,” maklum salah seorang yang menandatangani surat itu Mohanna Ahmad Ali Eljabaly dari Persatuan Penjagaan Keluarga Yaman.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberikan amaran bahawa beberapa bahagian di Somalia akan dilanda kebuluran dalam beberapa bulan akan datang ketika wilayah berkenaan tidak pernah menerima hujan selama lima musim berturut-turut.

BACA: “Baju Diconteng, Buku Dikoyak & Dibuang, Tapi Akhirnya Aku Yang Dimarahi Guru, Siap Kena Pulau Dengan Kawan-kawan”

Sumber: The Daily Star

BACA JUGA: Apa Yang Boleh Kita Makan Pada Tahun 2050 Sekiranya Berlaku Krisis Makanan? Ini Pendedahan Pakar

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.