Siakap Keli
Tikam Muka & Dada Rakan Sekerja
Kredit The Thaiger

Gara-Gara Cinta Ditolak, Lelaki Tergamak Tikam Muka & Dada Rakan Sekerja Hingga Mati

Gara-Gara Cinta Ditolak, Lelaki Tergamak Tikam Muka & Dada Rakan Sekerja Hingga Mati

Seorang pengawal keselamatan dilaporkan maut ditikam oleh rakan sekerjanya selepas wanita itu menolak cintanya dalam kejadian di Universiti Teknologi Rajamangala Krungthep di daerah Sathon, Bangkok.

Menurut Thaiger, rakan sekerjanya mendedahkan bahawa pembunuh itu yang merupakan pengawal keselamatan di tempat yang sama didakwa telah jatuh cinta dengan mangsa tetapi dia menolaknya.

Pasukan penyelamat cuba menyelamatkan mangsa yang berusia 30 tahun dengan CPR tetapi dia tidak bertindak balas terhadap rawatan dan dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian. Wanita itu dilaporkan telah ditikam di dada dan muka oleh suspek dengan kejam.

Salah seorang daripada pasukan penyelamat memaklumkan kepada media bahawa mangsa adalah seorang pengawal keselamatan di universiti itu.

Katanya, dia mendapati wanita itu sudah terbaring di halaman depan universiti itu dikelilingi oleh beberapa pengawal keselamatan lain yang cuba membantu.

Semua pengawal keselamatan di universiti itu membuat andaian bahawa pembunuh adalah rakan sekerja mereka yang berumur kira-kira 50 hingga 55 tahun.

Mereka memberitahu bahawa, lelaki itu jatuh cinta kepada mangsa dan telah lama cuba memenangi hatinya, tetapi mangsa menolaknya.

Pengawal mendengar jeritan antara lelaki dan mangsa itu beberapa saat sebelum mereka menjumpainya. Apabila mereka pergi untuk menyiasat didapati mangsa sudah terbaring dalam keadaan berdarah dan lelaki itu menghilangkan diri.

Polis dari Balai Polis Tung Manamek, Kritsada Manawongsakun melaporkan bahawa polis masih mencari penyerang yang didakwa itu.

Sumber: The Thaiger

Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka