Siakap Keli

Panasonic Perkaya Hari Esok Dengan 45 Perkakas Canggih Berorientasikan Masa Hadapan

Panasonic mengutamakan kesihatan, kebersihan dan kesejahteraan melalui komitmen “Create Today. Enrich Tomorrow”

Petaling Jaya, 22 September 2022: Panasonic Malaysia hari ini memperkenalkan rangkaian 45 perkakas terbaharu yang merangkumi 9 kategori termasuk Peti Sejuk, Penapis Air, Periuk Nasi, Mesin Basuh, Pancuran Mandian Rumah, TV, Fon Kepala, Pembersih Vakum dan Kipas Siling. Ini sebahagian daripada usaha berterusan Panasonic untuk mereka solusi yang menjadikan kehidupan pengguna lebih mudah, selamat, sihat, meriangkan, terhubung dan produktif.

Berpegang kepada slogan iklan jenama terbaharu syarikat, “Create Today. Enrich Tomorrow.” Panasonic menekankan kesejahteraan holistik dan membantu pengguna menikmati kehidupan yang terbaik melalui penggunaan produk bermanfaat dan bermutu tinggi.

“Matlamat kami dari dahulu seperti diperkenalkan oleh pengasas Panasonic adalah, syarikat kami perlu menyumbang kepada masyarakat. Slogan iklan yang baharu ini benar-benar melambangkan hasrat kami untuk mempertingkatkan mutu kehidupan pengguna di serata dunia, setiap hari. Hasrat ini dicapai berbekalkan dedikasi untuk mencipta produk bermutu tinggi yang memperbaiki kesejahteraan peribadi mereka,” kata En. Keisuke Nishida, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia.

Seiring dengan kesedaran yang kian meningkat terhadap keperluan mengamalkan kehidupan sihat yang menekankan kebersihan, Panasonic tekad membantu penduduk Malaysia membersih, memakan, meminum, bernafas dan berpakaian secara lebih selamat.

Ini menjadi iltizam di seluruh negara untuk melihat penduduk Malaysia “Kekal Selamat Setiap Hari” bila-bila sahaja dan di mana sahaja, dengan menggunakan produk Panasonic yang menawarkan perlindungan 360° untuk kesejahteraan seluruh keluarga.

Modern living room

Kata Nishida lagi, “Keluarga-keluarga di Malaysia rentas generasi telah menggunakan Panasonic sebagai jenama dipercayai untuk memenuhi keperluan mereka di rumah dan gaya hidup peribadi selama lebih satu abad. Ini menjadi bukti kukuh keyakinan yang dimiliki mereka terhadap jenama kami, dan menjadi pembakar semangat dan ilham untuk kami terus mereka produk bersesuaian serta solusi yang memperkaya kehidupan dan kesejahteraan pengguna.”

Produk baharu yang dilancarkan hari ini terbahagi kepada tiga kategori kesejahteraan – Kesejahteraan Dalaman, Luaran dan Ruang. “Menyumbang dan menambah nilai kepada kesejahteraan holistik masyarakat merupakan tunjang produk baharu kami. “Kesejahteraan Dalaman” bermula di dapur dengan pemakanan sihat manakala “Kesejahteraan Luaran” menumpukan kebersihan fizikal. “Kesejahteraan Ruang” pula menyediakan suasana di rumah yang memberi pengalaman terbaik dan selesa, serta selamat dan bersih,” tambah Nishida.

Kesejahteraan Dalaman melalui dapur masa hadapan

Imbangan harmoni antara minda, tubuh dan jiwa bertitik tolak daripada makanan. Ini sebab mengapa Panasonic menumpukan pembinaan dapur masa hadapan untuk menggalakkan pemakanan dan gaya hidup sihat sebagai pencetus kesejahteraan dalaman. Memandangkan kesejahteraan bermula dengan pemakanan sihat, Panasonic percaya bahawa ruang dapur perlu dilengkapi solusi memasak mudah akses yang mengoptimumkan ruang penyimpanan produk segar dan memudahkan proses memasak bagi membolehkan pemakanan rencam dan sihat.

Peti Sejuk PRIME+ Edition (NR-YW590YMMM) ialah pembantu setia di dapur buat mereka yang mengidamkan gaya hidup sihat. Peti sejuk baharu ini mengandungi PRIME Freeze, sistem pembekuan tahap industri yang membekukan makanan sehinga 5 kali lebih pantas berbanding sistem pembekuan lazim, serta memastikan kesegaran dan khasiat makanan yang dibekukan.

Pada hari berjadual padat, menyediakan makanan berkhasiat dalam masa singkat juga menjadi tugas mudah, terima kasih kepada fungsi PRIME Fresh yang memastikan makanan dibeku lembut pada suhu -3°C, lantas mengurangkan tempoh nyahbeku. Fungsi nanoe™ X terbina dalam pula membantu meleraikan sisa racun perosak pada buah-buahan dan sayur-sayuran.

Periuk Nasi Pemanas Aruhan (IH) Rendah Gula (SR-HL151KSK) pula mengurangkan kandungan kanji bagi menyediakan alternatif lebih sihat untuk seisi keluarga, termasuk warga emas, wanita hamil, pesakit kencing manis atau individu yang ingin mengamalkan gaya hidup lebih sihat. Dilengkapi pelbagai fungsi memasak dan 11 menu mudah akses, periuk nasi Panasonic direka supaya berciri moden namun minimal, agar dapat menonjol unik di kaunter dapur tanpa mengorbankan kebolehgunaan dan kemudahan.

Air merupakan asas kehidupan yang menyokong semua fungsi tubuh manusia. Menyedari ini, siri baharu penapis air Panasonic memastikan air minuman kekal selamat dan bersih untuk seisi keluarga.  Pengion Beralkali Panasonic (TK-AS700-WMA) mengandungi sistem penapis air 4 peringkat yang canggih dan berupaya menyingkirkan 19 bahan berbahaya, dan 99.9% virus dan bakteria.

Kesejahteraan Luaran melalui kebersihan fizikal yang terbaik

Meskipun dunia seiring dengan perspektif dan pandangan masyarakat terus berubah, sesuatu yang tidak berubah adalah pentingnya memastikan kesejahteraan luaran terpelihara, bersih dan dalam keadaan terbaik. Oleh itu, Panasonic berhasrat menjadikan kebersihan fizikal dan kesihatan kepentingan nombor satu untuk semua.

Tidak dinafikan yang sebahagian besar kebersihan berasal daripada pemakaian pakaian yang bersih. Oleh itu, Panasonic mereka siri mesin basuh terbaharu supaya menjadi pakar kebersihan yang dilengkapi teknologi antibakteria yang kental. Mesin Basuh dan Pengering Panasonic (NA-S106FR1BM) direka untuk memastikan pakaian harian kekal bersih dan disanitasi untuk kesejahteraan.

Teknologi asli Blue Ag+ menyingkirkan 99.99% bakteria dan membawa kesan antibakteria yang berkesan kepada kitaran pembersihan biasa, dengan menampilkan cahaya UV dan ion Ag. Ini disokong oleh StainMaster+ yang mempunyai fungsi pencucian panas untuk menghilangkan kotoran degil, serta menghapuskan bakteria dan 99% alergen. Hybrid Dry pula meringankan beban ketika menjaga pakaian, sama ada di fasa mencuci atau mengering. Ciri Auto TubCare pula membersihkan tab mesin basuh semasa kitaran basuh dengan cahaya UV, menawarkan pencucian baju dengan bersih secara mudah dan berkesan.

Bagi keluarga yang lebih suka mesin basuh berbanding mesin basuh dan pengering tetapi masih mahukan keupayaan pengeringan yang baik, Mesin Basuh (NA-V10FR1) baharu mempunyai fungsi Dry Assist dengan Hybrid Dry Lite yang dilengkapi dengan pemanas. Ini amat berguna untuk pakaian harian yang perlu dipakai secepat mungkin seperti pakaian seragam, pakaian kerja dan pakaian sukan.

Tubuh badan sihat juga menjadi asas kesihatan fizikal, maka Panasonic memperkenalkan Pancuran Mandian Rumah Siri U (DH-3UDP1MZ) untuk memastikan pengalaman mandi harian bersih dan boleh dipercayai. Menampilkan reka yang anggun, siri mandian rumah ini mempunyai 9 ciri keselamatan termasuk pemanas kuprum tahan lama, Earth Leakage Breaker (ELB) terbina dalam dan struktur tertebat yang mencegah renjatan elektrik, kebakaran dan selaran, panel mandian dibina supaya kalis percikan air bagi memelihara keselamatan komponen dalaman, manakala Bahan Kristal Ag+ mencegah pertumbuhan bakteria dan memastikan pengalaman mandi yang santai dan tanpa kerisauan.

Kesejahteraan Ruang melalui persekitaran hidup yang lebih selesa

Kehidupan selesa melangkaui kebersihan dan mengambil kira suasana hidup di rumah yang terbaik dan selamat, bersih dan dilengkapi hiburan meriangkan. Hari ini, solusi hiburan di rumah Panasonic telah ditambahbaik untuk memenuhi permintaan kian berubah untuk hiburan definisi tinggi di ruang kediaman era digital.

Demi pengalaman menonton yang terbaik, siri baharu televisyen Panasonic dilengkapi dengan teknologi terkini yang digunakan dalam industri perfileman dan dibangunkan bersama studio filem di Makmal Panasonic Hollywood selama lebih daripada 20 tahun. Panasonic bekerjasama dengan juruwarna profesional dari Hollywood untuk memastikan mutu imej yang tiada tandingan, di siri OLED 4K (TH-77LZ2000K). Ini adalah OLED sama yang digunakan oleh studio filem di Hollywood dalam pasca produksi.

Untuk pengalaman audio yang memenuhi citarasa peribadi, Fon Kepala B100 Panasonic (RZ-B100WDE-K) memiliki rekabentuk ergonomik yang membolehkan pengalaman audio imersif penuh, dengan bateri yang menyediakan tempoh main semula berdurasi 16 jam. Dilengkapi pemacu dinamik 13mm di setiap fon telinga, B100 memberi bunyi bass tambahan, bagi memberi keasyikan bunyi tanpa tandingan dalam pakej padat; dan juga direka dengan menekankan prestasi, mematuhi standard tahan air dan habuk IPX4.

Pengalaman hiburan yang selesa dikompromi apabila mutu dan aliran udara tidak memuaskan. Untuk memastikan persekitaran kediaman selesa dan bebas daripada bahan pencemar dan habuk di udara, Panasonic memperkenalkan Kipas Siling 5-bilah nanoe™ X (F-M15ME), yang menghalang bakteria, virus, kulat, alergen, debunga dan bahan berbahaya. Udara sepoi-sepoi bahasa yang selamat dan bersih dijamin, memastikan pengalaman yang paling nyaman.

Kipas siling juga menggunakan sensor eko pintar, ECONAVI, untuk mengesan dan mengurangkan pembaziran tenaga secara pintar, menjimatkan penggunaan tenaga sehingga 64%. ECONAVI adalah antara pelbagai inisiatif hijau Panasonic untuk memenuhi hasrat jangka masa panjang mencapai status Neutral Karbon dan Ekonomi Kitaran.

Hidup lebih aman dengan persekitaran bersih, maka Pembersih Vakum Kanister Tanpa Beg Cyclone (MC-CL609HV47) memiliki Sistem Cyclone (Advanced MEGA Cyclone) inovatif yang mengasingkan habuk dan udara dengan efisyen, menyimpan habuk dengan rapi di dalam ruang habuk  besar 2.2 L. Pembersih vakum turut menyediakan udara bersih melalui sistem tapisan 7-lapis dilengkapi penapis HEPA bagi memerangkap partikel habuk sekecil 0.5 mikrometer ke dalam kotak habuk, memastikan kediaman kekal bersih untuk orang tersayang dan haiwan peliharaan yang dikasihi. Penapis dalam vakumnya boleh dibasuh.

Dengan usaha tekad untuk menyediakan gaya hidup serba lengkap, selamat, sihat dan selesa yang bermula di rumah, rangkaian produk Panasonic direka khas untuk menjadikan Kesejahteraan Holistik hakikat untuk semua.

Semua produk yang baru dilancarkan boleh didapati di semua pengedar sah Panasonic, serta pelantar jual beli dalam talian, kecuali Mesin Basuh, Televisyen, Fon Kepala dan Pengion Beralkali, yang akan berada di pasaran bermula Oktober.

Amira

Love yourself.