Siakap Keli
Gambar: Kosmo

Wanita Bunuh Suami Dalam Rompakan Palsu Yang Dirancangnya

Wanita bunuh suami dalam rompakan palsu yang dirancangnya

Seorang wanita berdepan hukuman mati atas pertuduhan membunuh suaminya dalam satu rompakan palsu yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret hari ini, lapor Kosmo.

Suspek berusia 37 tahun, tidak memberi sebarang pengakuan, selepas pertuduhan kes dibacakan di hadapan Majistret Noorjidah Mohd. Jusan.

Turut didakwa adalah tiga lelaki temasuk dua beradik yang masing-masing berumur 31, 36 dan 37 tahun.

Mengikut pertuduhan, suspek yang bekerja sebagai jurubahasa bebas bersama pasangan adik beradik itu didakwa membunuh mangsa iaitu suaminya yang berusia 41 tahun.

Manakala seorang lagi tertuduh didakwa bersubahat membantu wanita itu bersama dua beradik untuk membunuh mangsa.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Anika Baru, Sungai Udang antara pukul 1.20 hingga 1.40 pagi pada 15 September lalu.

Kesemua tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika disabitkan bersalah.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Asnawi Abu Hanipah yang bertindak sebagai pendakwa raya kes tersebut tidak menawarkan kos ikat jami terhadap kesemua tertuduh.

Pegum yang mewakili suspek, Jarret Ong bagaimanapun memohon untuk jaminan kerana anak guamnya itu mempunyai tanggungan dua orang anak berusia lima dan tujuh tahun selain memberi kerjsama baik dengan polis.

Namun begitu, Majistret Noorjidah menolak permohonan itu dan menetapkan sebutan kes pada 21 November depan.

Dua lagi tertuduh, masing-masing diwakili peguam bela Ethan Tan dan Ayasamy Velu.

Sumber: Kosmo

Syed Faisal Sayed Muhammad

"