Siakap Keli
Kredit The Thaiger

Ayah Tak Menyesal, Anak Ditemui Mati Selepas ‘Naik Gila’ Cuba Rogol Mak Saudara & Nenek Sendiri

Ayah Tak Menyesal, Anak Ditemui Mati Selepas ‘Naik Gila’ Cuba Rogol Mak Saudara & Nenek Sendiri

Seorang ayah mengakui bahawa dia tidak menyesal dengan kematianya anaknya, yang disifatkan sebagai gila kerana didakwa cuba merogol ibu saudara dan neneknya, dalam kejadian yang berlaku di Samut Prakan.

Suspek turut didakwa menikam neneknya yang sudah tua di ldi bahagian eher dan kemaluannya. Kejadian berkenaan disaksikan oleh jiran yang kemudiannya berlari masuk ke dalam rumah dan mengikat suspek pada tiang. Selepas diikat, suspek mula diserang sawan lalu pengsan dan meninggal dunia, kata saksi.

Pegawai polis dari Balai Polis Phra Pradaeng dimaklumkan mengenai kematian itu yang berlaku di sebuah rumah kayu dua tingkat di mukim Song Khanong.

Polis menemui mayat suspek yang berusia 33 tahun dalam keadaan terbaring di tengah rumah. Siasatan polis mendapati suspek mengalami lebam dan luka pada mata, tulang pipi, cuping telinga, pergelangan tangan dan kedua-dua kakinya.

Kaki suspek kelihatan seperti telah diikat dan polis menganggarkan suspek telah meninggal dunia sekitar satu jam sebelum ketibaan mereka.

Polis juga menemui bukti kesan pergelutan di tempat kejadian di mana darah dikesan bertaburan di lantai, sofa dan tilam.

Terdahulu, ibu saudara suspek memberitahu polis bahawa suspek ‘naik gila’ dan mula menyerang dia dan neneknya. Suspek juga dikatakan cuba merogolnya tetapi dia berjaya melarikan diri.

Kemudian, suspek mengheret neneknya yang berusia 73 tahun keluar dari kelambu dan cuba merogolnya juga. Mangsa melawan menyebabkan suspek bertindak menikamnya di leher dan kemaluan. Ia menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius dan pendarahan yang banyak.

Jiran-jiran yang mendengar kekecohan itu berlari ke dalam rumah untuk membantu. Mereka mendapati mangsa sudah berlumuran darah dan mereka kemudiannya mengikat suspek pada tiang rumah itu.

Seorang daripada saudara keluarga itu yang tinggal berhampiran berkata, semasa dia tiba di tempat kejadian suspek masih hidup. Suspek juga masih boleh bercakap tetapi kemudian dia mula mengalami sawan dan tidak sedarkan diri. Saudaranya itu percaya bahawa suspek telah mengambil dadah.

Bapa suspek yang berusia 54 tahun berkata, dia mendapat panggilan yang mengatakan anaknya “naik gila” dan memegang pisau di leher neneknya. Dia bergegas ke rumah dan mendapati suspek sedang mencekik neneknya yang cedera parah sambil memegang pisau.

Ayah suspek mendedahkan bahawa suspek mempunyai sejarah penyakit mental selama 10 tahun dan pernah menjadi askar. Dia berkata lagi, penyalahgunaan dadah terlarang mungkin menjadi punca anaknya itu sawan lalu meninggal dunia.

Si ayah juga mendedahkan bahawa suspek mungkin tidak mengambil ubat seperti yang dijadualkan. Ia dipercayai antara punca yang membawa kepada tragedi itu.

“Saya ‘tidak menyesali’ kematian anak lelaki saya yang ‘gila’, selepas saya melihat darah yang mengalir keluar dari leher ibu saya,” kata si ayah yang pernah diserang suspek sebelum ini.

Sumber: The Thaiger

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka